6 Sebab Kenapa Anda Perlu Galakkan Anak Anda Melakukan Aktiviti Seni

merangsang kreativitiIbu mana yang tak geram. Sudah dibelikan buku mewarna, dinding pula yang jadi tempat menconteng.

Bapa mana yang tak frust bila tengok kereta kesayangan cedera. Anak jadikan kereta tempat buat latihan membuat garisan pula.

Sebenarnya dalam artikel ini, kami tak mahu cerita tentang kenakalan anak. Tapi kami mahu cerita tentang kebaikan aktiviti seni kepada kanak-kanak. Kenapa ibubapa perlu menggalakkan anak mereka melakukan aktiviti seni?

## MEDIUM LUAH PERASAAN

Ketika melakukan aktiviti seni, anak anda boleh mengekpresikan diri mereka. Ia boleh menjadi medium untuk mereka meluahkan perasaan.

Pernah nampak anak anda lukis lukisan anda sekeluarga keluarga tak?

Mungkin pada ketika anak sedang melukis lukisan itu, mereka teringatkan anda. Mereka rindukan waktu saat mereka dapat bergembira dengan ibu dan bapanya.

Perhatikan apakah emosi anak anda disebalik lukisan yang mereka hasilkan. Gembirakah? Sedihkah? Ataupun mungkin sedang marah.

## MERANGSANG KREATIVITI

Ketika anak anda sedang melukis, cuba lakukan ini. Tanya apa yang dia sedang lukiskan. Ataupun cuba tanya apa makna disebalik lukisan yang mereka sedang buat.

Anda pasti kagum dengan apa yang mereka boleh ceritakan dengan hasil kerja mereka itu. Walaupun lukisan yang dilukiskan lukisan yang ringkas mereka dapat bercerita tentang lukisan itu dengan panjang lebar.

Imaginasi mereka sangat tinggi dan kadang-kala tak terfikir oleh orang yang sudah dewasa. Tak percaya cubalah!

## MELATIH UNTUK FOKUS

Bukan mudah untuk melatih anak untuk fokus jika tak kena caranya. Tetapi aktiviti seni boleh membantu mereka untuk fokus.

Ketika mewarna kita dapat perhatikan anak kita mewarna dengan penuh berhati-hati supaya warna tidak terkeluar dari garisan.

Perasan tak?

Apabila anak anda melakukan aktiviti seni mereka begitu khusyuk sekali. Sampaikan tahap kehadiran anda pun mereka tak sedar.

Nampak kan? Aktiviti seni adalah cara yang baik untuk melatih anak memberi tumpuan terhadap sesuatu pekerjaan yang dikerjakan.

## MELATIH KEMAHIRAN MOTOR HALUS

Aktiviti seni dapat melatih kemahiran motor halus anak anda. Ketika mereka melukis dan memegang pensel, sebenarnya mereka dalam proses pembelajaran.

Ketika melakukan aktiviti seni mereka sebenarnya sedang melatih motor halus mereka. Nanti mereka boleh melakukan aktiviti seperti menulis dan memegang objek kecil dengan lebih baik.

Anda boleh membantu dengan menggalakkan anak anda melakukan aktiviti seperti bermain pasir, membentuk objek dari tanah liat dan juga aktiviti melukis dan mewarna.

## MELATIH KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN SOSIAL

Perhatikan anak anda apabila sudah selesai melakukan melukis lukisan. Mereka akan cuba untuk menunjukkan hasil kerja mereka kepada seseorang bukan?

Mereka akan bercakap-cakap dengan adik-adik atau dengan rakan-rakan yang lain. Mereka mahu mendapatkan respon tentang hasil kerja mereka.

Ibubapa boleh membantu dengan memberikan pujian dan galakan kepada anak. Ini akan membuatkan mereka lebih rajin untuk mencuba dan ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri anda.

## MELATIH KEMAHIRAN BERFIKIR DAN MENYELESAIKAN MASALAH

Selain merangsang kreativiti anak. Aktiviti seni boleh menggalakkan anak untuk berfikir. Mereka perlu berfikir bagaimana untuk selesaikan masalah yang mereka hadapi untuk menyiapkan aktiviti yang sedang dilakukan.

Ibubapa boleh membantu anak untuk berfikir dengan meminta mereka bercerita tentang lukisan mereka. Secara tidak langsung anda sebenarnya telah menggalakkan mereka untuk berfikir.

Layankan saja idea atau cerita yang dikeluarkan oleh anak anda. Ini akan membuatkan mereka lebih gembira.

## BUAT KELAINAN

Bagi mengelakkan anak bosan, sekali sekala anda boleh cuba buat kelainan dalam aktiviti mereka. Jika sebelum ini mereka selalu melukis di ruang tamu. Anda boleh cuba bawa mereka melukis di taman pula.

Anda juga boleh cuba bawa anak anda menyertai pertandingan. Atau bawa mereka menyertai acara percuma yang khas untuk kanak-kanak.

Sempena cuti sekolah ini, jika anda tinggal berhampiran Sunway Pyramid. Anda boleh bawa anak anda menyertai acara “The Finding Dory”.

Anak anda boleh memenangi buku stiker Finding Dory sambil bermain tiga permainan mudah iaitu permainan memancing, permainan pagar sesat dan juga permainan mewarna.

Acara ini telah pun bermula dari 27 May lalu dan akan diteruskan sehingga 19 Jun 2016. Ia dibuka dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam bertempat di LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid. Anda boleh lihat foto aktiviti di sini: http://goo.gl/4daHmW

PENUTUP

Anda mungkin merasakan yang seni tidak dapat membantu anak anda. Tetapi percayalah. Ia sebenarnya membantu mereka untuk membesar dengan lebih baik.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 3,978 times, 1 visits today)