Ibubapa Jangan Pandang Ringan Ruam Lampin Bayi

Ruam lampin.

Walaupun ruam tidak pada asasnya tidak membahayakan bayi, ia boleh menjadi bertambah teruk apabila ia tidak dirawat dengan baik.

Contohnya, ia boleh dijangkiti oleh kulat.

Kami ini kami ingin kongsikan pula tentang ruam lampin yang boleh terjadi kepada bayi. Apa yang menyebabkan terjadinya ruam lampin dan bagaimana untuk merawatnya.

P.s: Baca artikel tentang ruam berjerawat pada bayi yang kami kongsi sebelum ini.

APAKAH PENYEBAB RUAM LAMPIN?

Antara penyebab berlakunya ruam lampin adalah:

  • Geseran diantara lampin dengan kulit bayi.
  • Lampin dipakaikan terlalu ketat.
  • Lampin bayi dipakai terlalu lama.

Ruam lampin biasanya terjadi di celah peha dan juga di bawah bahagian getah lampin.

Ruam lampin mudah untuk dirawat. Tukar lampin secara kerap dan keringkan kawasan yang terkena ruam.

CONTACT DERMATITIS

Ruam lampin bayi.

Kredit gambar: http://www.regionalderm.com/

Ruam ini terjadi pada kawasan kulit terdedah yang bersentuhan dengan lampin yang basah.

Contohnya adalah bahagian punggung, bahagian kemaluan, celah peha dan kelengkang.

Ruam jenis ini tidak terjadi di kawasan anggota yang berlipat dan mempunyai kedutan kulit.

Penyebab:

  • Kulit yang terdedah kepada air kencing dan najis dalam jangka masa yang panjang.
  • Alahan terhadap bahan kimia dan lampin yang dipakai.
  • Alahan terhadap bahan cuci yang digunakan untuk memcuci lampin.

Rawatan:

Untuk rawatan dan pencegahan, perkara utama yang paling penting adalah untuk memastikan lampin bayi sentiasa kering, bersih dan nyaman.

Selain itu,

  • Tukar lampin bayi dengan lebih kerap.
  • Sapu krim zink oksida selepas menukar lampin untuk melindungi kulit bayi.
  • Cuci punggung bayi dengan air suam sejurus selepas bayi membuang air kecil atau air besar.
  • Pakaikan lampin bayi setelah kulitnya kering sepenuhnya.
  • Elakkan dari menggunakan tisu basah yang mengandungi alkohol.
  • Elakkan dari menggunakan seluar plastik dan lampin plastik.
  • Tukar jenama lampin atau sabun sekiranya ruam masih berlarutan.
  • Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat.
  • Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru bayi dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.

RUAM LAMPIN CANDIDA

 

Kredit gambar: www.healcure.org

Kredit gambar: www.healcure.org

Ruam jenis ini terjadi akibat jangkitan kulat pada kulit di kawasan lampin. Ia boleh dibezakan dengan ruam contact dermatitis apabila ruam melibatkan anggota badan yang mempunyai lipatan.

Ruam ini boleh berlaku di bahagian:

  • Punggung
  • Abdomen
  • Paha
  • Celah paha

Penyebab:

  • Disebabkan oleh organisma Candida Albicans yang hidup di kawasan panas dan basah.
  • Muncul ruam yang bewarna merah lembab yang disertai dengan bintil-bintil kecil bewarna putih atau kuning, apabila ruam bertambah teruk warnanya akan menjadi lebih merah.

Bawa anak anda untuk berjumpa doktor pakar, sekiranya ruam tidak hilang setelah 3 hari mendapatkan rawatan.

Rawatan:

Antara langkah untuk merawat ruam lampin Candida adalah:

  • Sapu anti krim kulat beberapa kali sehari.
  • Selepas sapu krim anti kulat, sapukan pula dengan krim zink oksida.
  • Pastikan kawasan yang terkena ruam sentiasa kering.

Anda perlu berjumpa doktor dan dapatkan pandangan mereka apabila:

  • Bayi demam
  • Ruam terjadi dalam masa 6 minggu selepas bayi lahir.
  • Ruam merebak ke bahagian lain seperti muka, lengan dan kulit kepala.
  • Bayi hilang selera makan dan susut berat badan.
  • Ruam bertukar menjadi jerawat dan ulser kecil.
  • Wujud benjolan dan bintil-bintil akibat ruam.
  • Ruam tidak hilang dalam tempoh seminggu setelah mengikut rawatan-rawatan yang disyorkan.

SEBORRHEIC DERMATITIS

Kredit gambar: www.babyrashclinic.com

Kredit gambar: www.babyrashclinic.com

Ruam jenis ini pula terjadi kerana terdapat lebihan minyak pada kulit. Lebihan minyak ini dihasilkan oleh kelenjar sebaceous.

Ruam boleh terjadi pada anggota badan yang mempunyai banyak kelenjar Sebaceous seperti di kulit kepala, di bawah lengan, di celah peha, di lipatan kaki dan di belakang telinga.

Penyebab:

  • Penghasilan minyak berlebihan oleh kelenjar Sebaceous.
  • Ruam bewarna merah, bersisik dan berminyak.
  • Apabila ruam menjadi semakin teruk ia boleh menyeluarkan cecair.
  • Jangkitan kuman boleh terjadi jika tidak dirawat.
  • Kemungkinan dibahagian muka, kening dan kulit kepala akan bersisik.

Rawatan:

  • Sekiranya perlu krim steroid boleh digunakan untuk membantu menghilangkan ruam.
  • Sapu minyak zaitun untuk melembutkan sisik pada kulit.
  • Syampu boleh digunakan untuk merawat kulit kepala.

Walaupun ruam tidak membahayakan bayi, ia boleh menyebabkan bayi berasa tidak selesa.

Ibubapa boleh mengambil langkah proaktif dengan memeriksa lampin bayi dengan lebih kerap untuk mengelakkan ruam lampin terjadi.

Semoga bermanfaat.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 6,475 times, 3 visits today)