2 Jenis Ruam Berjerawat Pada Bayi Yang Ibubapa Perlu Tahu

Ibubapa mana yang tidak risau apabila melihat bayi mereka yang baru lahir keresahan dan nampak tidak selesa apabila terkena ruam.

Mari kita kenali ruam berjerawat pada bayi.

ERYTHEMA TOXICUM NEONATORUM

erythema-toxicum-neonatorum

Kredit gambar: http://dermatologyoasis.net/

Apa yang perlu tahu tentang ruam ini?

  • Ruam jenis ini tidak membahayakan bayi walaupun namanya ada TOXICUM .
  • Kerap terjadi kepada bayi yang berumur 1 – 2 minggu.
  • Terjadi kerana mekanisma kulit bayi sedang menyesuaikan diri dengan keadaan luar rahim ibu.
  • Ruam boleh terjadi pada mana-mana bahagian badan bayi kecuali tapak tangan dan kaki.
  • Dalam beberapa hari, ruam merah terjadi diikuti dengan bintilan kecil berwarna kuning dikelilingi oleh warna merah.

Rawatan:

  • Tiada rawatan khusus diperlukan kerana ruam jenis ini datang dan pergi.

MILIARIA

ruam-panas-miliaria

Kredit gambar: http://toobakhan.blogspot.com/

Apa yang perlu tahu tentang ruam ini?

  • Lebih dikenali sebagai ruam panas.
  • Terjadi kerana saluran-saluran peluh, aliran peluh dan bahan bahan kumuh pada kulit tersekat.
  • Saluran-saluran peluh pada kulit bayi kurang matang dan ia mudah pecah apabila terdapat penghasilan peluh yang berlebihan.
  • Muncul sebagai bintilan-bintilan yang tersangat kecil berwarna merah atau jernih di kulit kepala, leher dan bahagian atas dada.

Rawatan:

  • Pakaikan bayi pakaian yang longgar supaya bayi kurang berpeluh dan melegakan saluran-saluran peluh yang tersekat.
  • Mandikan bayi atau lap kawasan kulit yang terkena ruam secara kerap.
  • Elakkan keadaan yang terlalu panas, penghawa dingin adalah disyorkan.

Ibubapa tidak perlu risau apabila bayi anda terkena ruam kerana kebiasaannya ia tidak membahayakan bayi.

Tetapi jika ia berlarutan dan melarat, dapatkankan pandangan doktor pakar. Kunjungi klinik kesihatan berhampiran anda.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Myhealth

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 1,324 times, 1 visits today)