Ini Antara Perkara Penting Ibu Bapa Kena Tahu Mengenai Gigi Bayi

Pernah dengar tak kalau bayi kita lambat tumbuh gigi tu, adalah disebabkan kita tanam uri jauh ke dalam? Siapa tanam tak dalam, cepat la bayinya tumbuh gigi.

Petua orang tua katanya…

Alhamdulillah anak saya mula tumbuh pasangan gigi yang pertama seawal usia 5 bulan. Dan kami tidak sedar pun sebab tiada tanda-tanda yang jelas mahu tumbuh gigi kecuali satu – dia suka main air liur.

Kebanyakan bayi akan demam apabila gigi mula ingin menembusi gusi. Kadang-kadang sampai menyebabkan gusi bayi itu membengkak dan pipi kelihatan kembung.

Tetapi jangan risau sangat. Sebab proses pertumbuhan gigi bayi bukan mengakibatkan penyakit yang serius.

Ada juga yang kata pertumbuhan gigi bayi ini mengikut keturunan. Kalau anda dahulu tumbuh gigi lambat, maka bayi anda pun akan begitu juga.

Gigi mana tumbuh dahuluCarta pertumbuhan gigi

Gigi bayi biasanya akan tumbuh berpasangan. Kebiasaannya gigi yang tumbuh dahulu adalah gigi hadapan bahagian bawah. Diikuti oleh gigi hadapan bahagian atas dan seterusnya.

Kebiasaannya bayi perempuan akan tumbuh gigi lebih awal berbanding bayi lelaki.

Berus gigi pertama bayi

Setelah gigi bayi anda tumbuh, anda sudah boleh mula memperkenalkan berus gigi pertamanya.

Ada pelbagai jenis berus gigi bayi di pasaran. Sebagai permulaan anda boleh menggunakan kain basah untuk lap gigi bayi anda. Atau boleh juga gunakan berus gigi silikon seperti di bawah.

Berus gigi bayi

Apabila bayi anda mula meningkat usia dan anda boleh mula memperkenalkan berus gigi yang sebenar secara berperingkat. Berus gigi yang mempunyai gegelung bulat di bahagian tengah berus bagi mengelakkan bayi anda memasukkan berus gigi terlalu dalam.

AWAS! Jangan biarkan dia bermain berus gigi itu sepanjang masa. Kerana ia boleh membawa jangkitan dan anak anda mungkin boleh terkena ulser.

Bila anda patut rasa risau

Jangan terlalu risau jika gigi bayi anda tumbuh lambat. Bayi pra-matang akan mengambil masa yang lebih lewat berbanding bayi lain.

Walaubagaimanapun, jika gigi nya masih tidak tumbuh menjelang ulang tahun kelahirannya yang pertama, jangan segan-segan untuk mengutarakan perkara tersebut.

Selain itu, jika bayi anda telah tunjukkan semua simptom akan tumbuh gigi (air liur meleleh dan gusi membengkak) tetapi kelihatan berada dalam kesakitan melampau, elok bawa dia berjumpa doktor.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 3,023 times, 1 visits today)