4 Kaedah Mudah Mengatasi Masalah Perut Kembung Bayi.

baby-212012_1920

Berapa usia bayi anda ketika ini? 2 bulan, 3 bulan?

Mesti comel kan!

Tetapi kadangkala si bayi terjerit-jerit menangis kerana rasa tidak selesa dengan keadaan tubuhnya. Ingat, si bayi tidak dapat mengungkapkan perkataan seperti kita orang dewasa, jadi yang mereka tahu hanyalah untuk meluahkan dengan tangisan. Jadi, yang pertama sekali janganlah merasa marah dan melempiaskan kemarahan kita kepada mereka. Mereka tidak tahu apa-apa.

Seringkali, perut mereka kelihatan membuncit dan apabila diketuk terasa seakan adanya perubahan daripada keadaan perutnya daripada kebiasaan. Mengapa perkara ini terjadi? Perkara ini terhadi barangkali disebabkan peningkatan jumlah gas di sepanjang saluran pencernaan bayi atau orang melayu kita biasa bahasakannya dengan istilah ‘kembung perut’.

Jangan bimbang, perkara ini memang sering terjadi terutamanya kepada bayi yang berusia kurang daripada 4 bulan. Ini disebabkan mereka masih belum mempunyai organ pencernaan yang kuat sehingga gas mudah untuk meningkat dan berkumpul di bahagian sistem pencernaan mereka. Dan anda tidak perlu risau akan hal itu, bertenang.

Jadi bagaimana untuk menyelesaikannya? Berikut kami kongsikan 4 tips yang dapat dilakukan apabila bayi anda mengalami masalah perut kembung.

1.  Menepuk Punggung Bayi.

Kawan-kawan, pada awal kelahirannya seorang bayi, mereka tidak mengonsumsi apa-apa makanan melainkan susu ibu. Untuk itu, setelah anda selesai memberikan keperluan susunya, bersedialah untuk menepuk dengan lembut bahagian punggung bayi anda. Tidak perlu dalam jangka masa yang lama, cukup dalam masa seminit atau dua minit sahaja sehingga mereka sendawa (atau belahak). InsyaAllah, apabila bayi bersendawa, dia tidak akan mengalami masalah kembung perut ini.

2.  Menggosok Perut Bayi

Antara cara yang berkesan dan sering juga dilakukan oleh para ibu adalah dengan menggosok lebut bahagian perut bayi. Gunakanlah minyak telon atau minyak khusus yang sesuai dengan bayi untuk memberikan kehangatan pada tubuhnya. Langkah ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah kembung perut, tetapi juga akan menyebabkan si bayi berasa sangat selesa.

3.  Air Suam

Ketika anda merasakan bahawa bayi anda sedang menghadapi masalah perut kembung, berikanlah air yang sedikit hangat ataupun suam kepadanya. Selain itu, sewaktu mandi lebih elok sekiranya ada memandikan mereka menggunakan air yang dihangatkan berbanding air sejuk.

Percayalah, perkara ini akan membantu menyelesaikan masalah ini.

4.  Berhati-hati Dengan Susu Tepung

Jika anak anda sudah mula diberikan susu tepung dan kemudian mereka mengalami masalah perut kembung, semaklah kembali jenis susu tepung yang anda berikan kepada mereka. Mungkin sahaja anda sedang memberikan susu yang tidak sesuai dengan bayi anda.

Jadi, langkah yang terbaik adalah dengan menghentikan pemberian susu formula itu dan gantikanlah dengan susu yang berjenama lain. Atau langkah yang lebih baik, berikanlah mereka susu badan sepenuhnya.

Berikut adalah beberapa tips yang dapat kami kongsikan. Jika anda ada tips-tips lain, kongsikanlah kepada kami ya!

 

Shares