Category Archives: Pra-Hamil

8 Amalan Yang Membantu Anda Hamil Anak Perempuan.

baby-1323756_1920

Memang rezeki anak itu daripada Allah, dan untuk itu usaha pertama kita adalah doa. Tetapi usaha, adalah sesuatu yang sangat-sangat digalakkan malah diwajibkan dalam agama kita. Kerana agama islam bukan agama magis dan silap mata, islam adalah agama yang kaya dengan logika dan teori-teori sains yang juga Allah ciptakan sebagai penghibur manusia diatas dunia.

Dan seperti biasanya seorang manusia, tentu sekali kadangkala terlintas di fikiran alangkah baiknya jika aku mendapat anak perempuan. Kan? Biasalah, manusia, penuh dengan permintaan.

Dan untuk berusaha merealisasikan permintaan itu, amalkanlah 8 perkara ini. Tetapi tetaplah berpegang teguh dengan keyakinan bahawa cuma Allah sahaja yang berkuasa untuk segalanya. Cuma Allah yang berkuasa menetapkan jantina anak yang bakal kita kandung itu nanti. Senyum!

Cara hamil anak perempuan

1. Perlu tahu masa waktu subur (ovulasi)

Menurut Dr Shettles yang sudah berjaya menemui bukti melalui The Shettles Method, sperma dengan kromosom X bergerak lebih perlahan namun punya jangka hayat lebih 24 jam.

Oleh itu, hubungan suami isteri perlu dilakukan antara dua hingga empat hari sebelum berlakunya ovulasi agar adanya percantuman sperma kromosom X bersama ovum kromosom X.

2. Perlu adanya keasidan

Isteri perlu mencuci alat sulit mengguna cecair berasid ringan seperti Lactacyd sekurang-kurangnya dua jam sebelum melakukan hubungan intim. Ini adalah kerana sperma kromosom X bertahan lama dalam keadaan berasid.

3. Makan makanan tinggi kalsium & magnesium

Banyakkan minum susu dan makan keju, yogurt, nasi, pasta, ubi kentang dan sayur-sayuran.

4. Elak makanan bergaram

Untuk hamil anak perempuan kesihatan diri juga memainkan peranan. Selain makanan mengandungi garam, elak minum kopi mahupun teh.

5. Pastikan alat sulit suami tidak terlalu dalam

Tujuannya menghasilkan jarak yang lebih panjang untuk sperma kromosom X berenang jauh sebelum bercantum dengan ovum.

6. Beri suami capai klimaks dahulu

Apabila suami mencapai kepuasan terlebih dahulu, ia melepaskan keadaan yang lebih berasid dan merangsang pergerakan sperma kromosom X.

7. Kerap lakukan hubungan intim

Kekerapan melakukan hubungan intim merendahkan bilangan sperma kromosom Y dan X, namun memandangkan kromosom X walaupun jumlahnya sedikit namun hidup lama, boleh berenang untuk bercantum dengan ovum.

8. Mandi air panas selepas hubungan intim

Sperma kromosom Y tidak aktif dalam suasana panas. Oleh itu, isteri digalakkan berendam dalam air panas selepas hubungan intim untuk mengurangkan pergerakan sperma kromosom Y ke ovum.

Semoga berjaya mendapat anak perempuan. Jangan lupa konsgikan tips ini dengan rakan-rakan yang lain tau!

Artikel ini telah disunting daripada artikel asal yang bertajuk : Teringin Hamil Anak Perempuan? Amalkan 8 Cara ini