Category Archives: Bersalin

7 Faktor Mahu Tidak Mahu Anda Mesti Bersalin Dengan Cara Pembedahan Caesarean

DSC_0006-1024x680

Kredit Foto: www.nourishbaby.com.au

Kalau ditanyakan kepada setiap ibu yang sedang mengandung sekarang, saya cukup yakin 89% akan bersetuju untuk bersalin secara normal berbanding bersalin dengan cara pembedahan. Tidak ramai yang mahu bersalin dengan kaedah pembedahan ini kerana beberapa faktor – antaranya:

1. Sakit

Ya, ramai orang yang mengatakan bahawa mereka yang bersalin secara normal hebat kerana terpaksa menanggung sakitnya kontraksi berlaku, merasai kepedihan jahitan episiotomi, kehabisan nafas meneran sedaya upaya sehingga berada di hujung nyawa. Tetapi, ibu yang melahirkan anak melalui cara pembedahan juga akan merasai kesakitan yang hampir sama dengan ibu yang bersalin secara normal. Mereka akan dibius dengan ubat bius yang paling kuat, perutnya dibelah dan disiat-siat lapisan demi lapisan untuk menyambut bayi yang tercinta. Sakit tau!

2. Pantang

Tidak ada apa yang perlu dihairankan. Memang menurut adat kita, selepas bersalin memang ada fasa bertenang yang orang kita kenali sebagai tempoh berpantang. Untuk yang melahirkan bayi secara normal pun akan melalui fasa ini. Cuma bezanya, mereka yang bersalin secara normal pantangnya tidaklah terlampau ketat jika dibandingkan dengan mereka yang bersalin dengan menggunakan kaedah pembedahan. Sudahlah pantangnya lebih cerewet, tempoh pantangnya boleh jadi lebih panjang daripada kebiasannya. Sebab itulah ramai yang tidak suka bersalin secara pembedahan.

Tetapi, tidak semua yang bernasib baik diberi peluang untuk bersalin secara normal. Ada juga dalam beberapa kes yang si ibu tiada lagi pilihan lain selain terpaksa memilih untuk bersalin dengan kaedah pembedahan ini. Tetapi apa ya?

1. Si Ibu Mempunyai Komplikasi Penyakit

Kebiasannya, jika si ibu menghidap penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, komplikasi jantung dan sebagainya, doktor akan mencadangkan agar si ibu melahirkan anak dengan kaedah pembedahan. Ini kerana, jika si risiko yang terpaksa ditanggung oleh si ibu jika mereka memilih untuk bersalin secara normal adalah sangat tinggi.

2. Plasenta Previa

Apa bendanya ni? Plasenta previa ini adalah keadaan dimana posisi uri berada di bawah peringkat 3/4. Dan jika si ibu masih berdegil untuk bersalin secara normal, ianya adalah sangat bahaya. Kebiasannya akan mencadangkan dengan tegas agar si ibu memuat pembedahan untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa dengan izin Allah.
Posisi uri di bawah peringkat 3/4 yang berbahaya jika melahirkan secara normal.

3. Bayi Pernah Meninggal

Jika sebelum ini si ibu pernah mempunyai peristiwa hitam kehilangan bayinya ketika berjuang untuk melahirkannya secara normal, maka kebiasannya doktor tidak lagi akan mengambil risiko ini. Adalah sangat dicadangkan supaya melakukan pembedahan.

4. Tali Pusat

Tali pusat terbelit! Bukan hendak menakutkan sesiapa tetapi situasi ini adalah situasi yang sangat buruk kerana si ibu berisiko untuk meninggal dunia kerana hypoxia jika langkah awal tidak diambil. Masalah ini terjadi apabila air ketuban pecah, dan tali pusat terhimpit sehingga menganggu oksigen untuk sampai kepada bayi. Pembedahan adalah jalan yang terbaik.

5. Uri

Kedudukan uri yang tidak berada di tempat yang sepatutnya adalah sangat merbahaya dan boleh mengancam nyawa ibu dan bayi itu sendiri. Maka, doktor akan memilih supaya si ibu menjalani pembedahan untuk bersalin daripada bersalin secara normal.

6. Bayi lemas

Apabila degupan jantung bayi semakin melemah, kita tahu satu perkara – bayi sedang lemas! Mungkin bayi tidak mendapat oksigen yang mencukupi dan dia perlu dikeluarkan dengan kadar yang segera.

7. Bantuan Kelahiran Gagal

Dalam beberapa kes, alat bantuan kelahiran diperlukan untuk membantu si ibu bersalin secara normal. Tetapi jika sampai ke satu tahap alat-alat itu tidak lagi berfungsi seperti yang diharapkan, maka tidak lain dan tidak bukan doktor akan meminta si ibu untuk menjalani pembedahan.