Kajian : Kesan Suara Ibu Ke Atas Bayi Yang Sungguh Mengejutkan!

mother-84628_1920

Kata seorang ibu,

Anak saya dilahirkan dalam sebuah bilik yang bising dan tidak tenteram. Tetapi pada ketika saya mula bersuara, melodi-melodi indah yang terhasil terbang ke udara, menyelinap masuk ke telinganya, perlahan-lahan membuatkannya menengadah melihat ke arah saya. Mata kami bertemu mata, dan itulah cinta hati saya sampai mati.

“Saya fikirkan itu adalah magis yang terjadi antara ibu dan bayi, tetapi tidak. Ada penjelasan sains di sebalik apa yang terjadi!”

 

Menurut sebuah kajian yang disiarkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences, otak bayi memberikan respons atau reaksi yang lebih hebat apabila mendapat isyat mendengar suara ibunya daripada mendengar suara orang yang tidak dikenali – walaupun ibu itu bersuara dalam bahasa yang tidak difahami dan perkataan yang tidak mempunyai makna dalam beberapa saat sahaja. Magis! Teruja kan?

Sains adalah sebuah magis yang dapat dijelaskan.

Anatomi kanak-kanak bukan satu-satunya elemen kesan daripada suara seorang ibu, bahkan emosi mereka menjadi tenang apabila mendengar suara ibunya. Sebab itulah apabila si anak mengamuk, ibu lebih mudah untuk menenangkan anak daripada bapa.

Danial Abrams merupakan salah seorang tenaga pengajar dalam bidang psikiatri dan sains tingkah laku di Fakulti Perubatan University of Standford, yang juga mengetuai kajian ini memaklumkan, “Kita mengetahui bahawa dengan mendengar suara ibu [mereka] boleh menjadi salah satu asas yang penting dalam menenagkan emosi kanak-kanak. Dalam kajian ini, kami akan menunjukkan bagaimana ia berlaku secara biologi.”

 

Fikirkan sejenak pada ketika anak anda meragam, merengek dan membuat hal. Apa yang anda lakukan? Anda kebiasannya akan mendukung mereka, memeluk mereka, mengusap mereka – tetapi pernahkah anda melakukan semua itu tanpa berkata apa-apa? Gabungan kehangatan daripada tangan serta suara anda adalah komponen asas yang sangat penting untuk menenangkan kanak-kanak yang terganggu emosi dan perasaannya.

Untuk membuktikan bahawa suara ibu memaninkan peranan yang penting dalam pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak, kajian telah dijalankan ke atas 24 orang kanak-kanak berumur 7-12 tahun yang sihat. Otak mereka diimbas terlebih dahulu. Kemudian mereka didedahkan kepada klip (yang berdurasi beberapa saat) perkataan yang tidak mempunyai makna yang dituturkan oleh ibu mereka dan dua orang lagi wanita yang tidak dikenali.

97% kanak-kanak dapat mengenalpasti suara ibu mereka.

Tetapi kita bukan mahu membuktikan tentang skil pendengaran yang dimiliki oleh anak itu. Hasil kajian menunjukan bahagian otak yang mempunyai hubungan dengan emosi, ganjaran dan pengecaman wajah kanak-kanak itu lebih terangsang apabila mendengar suara ibu mereka daripada suara orang lain.

Para pengkaji yang terlibat dengan kajian ini percaya bahawa wujudnya hubungan korelasi antara kebolehan kanak-kanak mengenal pasti suara ibunya dengan pantas dengan peningkatan aktiviti dalam bahagian otak mereka.

Haa, jadi jika anda punya anak, anda pun tahu apa yang perlu anda lakukan kan! Jangan lupa kongsikan dengan mama-mama yang ohsem di luar sana!

 

Shares