Jangan Lakukan 8 Perkara Ini Pada Bayi Yang Baru Lahir. Sesal Kemudian Tiada Gunanya!

newborn-1328516_1920

Alhamdulillah anda telah bertarung sekian lamanya, menanggung beban dan perlu berhati-hati sembilan bulan lamanya sebelum penantian anda itu dijawab oleh Tuhan dengan kehadiran seorang bayi comel dalam keluarga besar anda. Syukur, bayi kelihatan sangat sihat dan sempurna. Comel macam ayah dan ibunya.

Sekian ramai yang ternanti-nanti kehadiran insan kecil ini dalam sesebuah keluarga. Ayah ibu, adik beradik, malah kawan-kawan juga ramai yang turut menanti debaran dan berkongsi keterujaan yang sama dengan kita. Lebih-lebih lagi, inilah anak pertama hasil perkahwinan kita dengan pasangan.

Tetapi, dalam keterujaan menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga ini, jangan dilupa sesuatu yang sangat penting. Dalam setiap perkara ada pantang larangnya. Dan untuk itu, dalam menyambut kehadiran bayi ini, harus berhati-hati kerana mereka masih belum memunyai sistem imuniti yang kuat seperti orang dewasa.

8 Pantang larang bayi baru lahir.

1. Jangan biarkan sesiapa mencium bayi anda

Baiklah, ini sememangnya kedengaran seperti perkara mitos, tapi itulah kebenarannya. Pada minggu pertama kelahiran, bakteria dan kuman boleh menyebabkan masalah yang serius pada bayi anda.

Mencium dan menyentuh tanpa mencuci tangan terlebih dahulu boleh menyebabkan bayi anda terdedah pada pelbagai jenis penyakit kerana sistem imunisasi masih tidak mampu melindungi badan mereka.

Sebagai ibu bapa, minta dengan baik pada sesiapa yang melawat untuk tidak mencium bayi anda, basuh tangan sebelum memegang bayi anda dan jika mereka tidak sihat, minta mereka datang melawat apabila mereka telah pulih.

Elakkan membawa bayi anda di tempat yang ramai orang di mana potensi untuk mereka mendapat penyakit lebih tinggi. Anda perlu bersabar untuk seketika sebelum mereka mampu dan bersedia berhadapan dengan pelbagai keadaan.

2. Jangan bising dalam rumah

Bayi anda sememangnya memerlukan perhatian yang lebih, tapi jangan ganggu penghuni dalam rumah dengan mengubah suasana rumah seperti menutup tingkap dan langsir supaya dia dapat tidur lebih lena. Anda tidak perlu meminta mereka berhenti berbual, menonton TV atau mendengar radio hanya kerana bayi anda sedang tidur.

Jangan risau jika adik beradik yang lain membuat bising kerana lebih cepat bayi anda membiasakan diri dengan bunyi bising pada siang hari, lebih mudah dia tidur tidak kira pada bila-bila masa.

3. Jangan biarkan lampin kotor terlalu lama

Ini mungkin suatu perkara yang biasa, tetapi sangat penting! Mereka mungkin kelihatan kecil tetapi bayi yang baru lahir membuang air lebih banyak dari bayi yang berusia 6 bulan. Ini bermakna lampin bayi yang baru lahir perlu diganti lebih kerap (dan juga perlu makan lebih kerap).

Periksa lampin bayi anda dengan kerap untuk memastikan mereka sentiasa selesa. Dengan cara ini, ruam lampin juga boleh dielakkan.

4. Jangan beri puting

Bayi dilahirkan dengan naluri yang kuat untuk menghisap dan susu badan ibu adalah makanan terbaik untuknya. Memberi puting pada usia yang awal akan menyebabkan kekeliruan pada jadual pemakanan bayi. Bayi anda sudah terbiasa dengan haba badan anda, degupan jantung anda dan bau anda—penyusuan susu ibu memberi keadaan yang selesa pada bayi anda. Sudah tentu tidak semua ibu mampu memberi susu ibu dan ini adalah perkara yang amat dikesali. Jika bayi anda memerlukan penyusuan botol, ikutlah arahan doktor dengan baik dan jangan lupa untuk mensterilkan botol sebelum anda menyusukan bayi.

5. Jangan pakai baju tebal-tebal

Bayi anda mungkin selalu nampak kesejukan, tetapi jangan keterlaluan dengan mengenakan pakaian yang terlau tebal. Memang benar bayi kecil tidak terlalu banyak bergerak, tetapi pemakaian baju yang berlebihan untuk mengawal haba boleh menyebabkan bayi demam dan kehilangan banyak air jika tidak berhati-hati.

Pakaikan bayi anda dengan pakain nipis supaya anda senang untuk menambah atau menanggalkan pakaian. Orang tua pun tidak tahan panas, apatah lagi bayi!

5. Jangan ponteng jadual temu janji di klinik

Tak kira apa jua keadaan, jangan lupa untuk membawa bayi anda berjumpa dengan doktor jika mempunyai sebarang masalah. Atur jadual temu janji dengan doktor secara kerap, dan jangan tinggalkan temu janji tersebut.

Sebagai ibu bapa baru,anda mungkin akan risau sesuatu yang berlaku pada bayi ada walaupun ia hanyalah perkara normal, tetapi hanya profesional sahaja yang boleh mengesahkan perkara tersebut. Doktor anda boleh membezakan antara perkara yang normal atau tidak; biarkan dia yang menentukan.

7. Jangan upload atau share gambar anak di Facebook, Instagram dan laman sosial lain

Bayi yang berumur di bawah 40 hari berdepan dengan dua jenis gangguan, gangguan fizikal dan gangguan rohani. Gangguan rohani lah yang kita patut lebih berhati-hati iaitu terdiri daripada Ain (sihir tanpa jin) dan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).

Apabila kita upload atau share gambar anak yang baru lahir (0-40hari) ke laman sosial, dikhuatiri mereka ini akan terkesan dengan Al-Ain tadi, iaitu sihir tanpa jin atau mata jahat.

8. Jangan lupa azan & iqamat

Sebagai seorang yang beragama Islam, jangan lupa azan & iqamat pada telinga bayi yang baru lahir. Ini adalah adab dalam menyambut bayi baru lahir dalam Islam. Rahsia azan dan iqamah buat bayi yang baru dilahirkan ialah syaitan akan lari daripada kalimah azan itu, walaupun sebelum itu dia ternanti-nanti kelahiran anak itu.

Selain itu, hikmah pertama kali yang didengari oleh telinga bayi ialah kalimah seruan yang mulia yang mengandungi kebesaran Allah s.w.t dan kata-kata dua kalimah syahadah.

Hal ini diibaratkan seperti mentalkinkan kepada si bayi akan kebesaran syiar Islam. Kesan azan ini akan sampai terus ke lubuk hatinya dan kesan ini akan kekal, In Shaa Allah.

Rasulullah SAW begitu teliti mengajar umatnya tentang hal ini. Baginda begitu mengambil berat tentang aqidah tauhid dan iman. Serta pemerhatiannya hendak menghalau syaitan dan hawa nafsu, sejak dari mula anak itu menghidu udara di dunia ini dan bernafas untuk hidup.

Semoga pantang larang yang kami kongsikan ini dapat memberi manfaat buat anda dan rakan-rakan. Jangan lupa untuk kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan anda ya!

Artikel ini telah disunting daripada artikel asal yang bertajuk : 8 Perkara Yang Tidak Sepatutnya Dilakukan Pada Bayi Baru Lahir.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 21,794 times, 1 visits today)