Jangan Benarkan Bayi Anda Dicium Masa Hari Raya Nanti Atau Anda Tanggung Akibatnya!

Kredit Foto: www.studyblue.com

Kredit Foto: www.studyblue.com

Selang beberapa hari lagi, ramadan akan pergi meninggalkan kita dan syawal pula sudah menanti terjenguk-jenguk tersenyum kepada manusia.

Tradisi orang kita, raya aidilfitri kebiasannya disambut di kampung, tidak kiralah kampung sebelah isteri ataupun suami. Semua ahli keluarga berkumpul dalam sebuah rumah yang tidak pun besar mana ruangnya, berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan menjelang hari raya.

Untuk anda yang baru menimang cahaya mata, inilah masanya untuk anda memperkenalkan bayi anda kepada seluruh ahli keluarga. Tetapi hati-hati, sesi perkenalan itu kalau boleh jangan sampai membenarkan semua daripada mereka mencium bayi anda.

Kerana kami fikir, apa yang telah dikongsikan oleh Cik Puan Puteri Zahararina di laman Facebooknya ini ada asasnya. Apa yang dikatakannya?

Dalam perkongsiannya, beliau telah menggariskan beberapa perkara penting untuk melarang bayi anda sewenang-wenangnya dicium oleh semua orang. Larangan ini perlu diambilkira dengan sangat serius, terutamanya:

1. Kepada golongan hawa yang memakai gincu. Jangan sesekali cium bayi. Kenalah faham bahawa bayi ini sangat-sangat sensitif kulitnya, ada gincu yang mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai dengan kulit bayi.

2. Tak pakai gincu pun tak boleh cium sangat. Sebab apa? Sebab, melalui ciuman ada banyak virus yang dapat disebarkan, contohnya penyakit Herpes Simplex Virus.

3. Lebih-lebih lagi untuk yang kurang atau tidak sihat, tak perlulah cium mahupun dukung. Kalau boleh, jangan dekat dengan baby. Lambai-lambai saja dari jauh. Kerana, daya tahan bayi untuk melawan sebarang penyakit adalah sangat lemah. Badannya masih belum dilatih untuk melawan bermacam-macam jenis virus dan penyakit, jadi mereka lebih mudah dijangkiti penyakit.

4. Kalau bersalam dengan baby boleh? Terpulang kepada anda sebagai ibubapa untuk menentukan mana yang terbaik untuk anak anda. Tetapi seelok-eloknya, pastikanlah mereka yang ingin bersalam dengan anak anda itu tangannya bersih dahulu.

5. Kalau anda yang pergi menjenguk bayi, paling penting adalah minta izin. Jangan main cium, gomol terus bagai anak orang.

newborn-216723_1280

Tips Untuk IbuBapa Yang Baru Mendapat Bayi

1. Macam mana nak elak dengan cara yang paling hikmah ya? Paling mudah, selepas ini korang buat dan pakaikan baju yang tertera perkataan “No Kiss” untuk bayi anda. Doa-doalah agar mereka yang baca itu faham apa yang anda cuba sampaikan.

2. Pantau masa. Apabila dah lama sangat bayi didukung dan digomol-gomol, bolehlah minta izin nak menyusukan anak ke atau alasan yang lebih popular, nak bawa anak masuk bilik untuk tidurkan dia.

3. Kalau anda jenis yang suka berterus terang, beritahu sahaja kepada mereka, “Kulit baby sensitif, jangan cium-cium ye.” Tapi dalam masa yang sama anda perlulah senyum, jangan pula muka masam berkerut bila sampaikan ayat itu. Nanti orang kata sombong pula.

Ingat, kita bukanlah hendak menjadi ibubapa yang kedekut anak atau poyo melebih-lebih sampai nak cium pun tidak boleh. Tetapi kita sedang melindungi anak-anak kita daripada menderita di kemudian hari. Al-maklumlah, bayi kan daya imunisasi badan untuk melawan penyakit adalah sangat rendah.

Menurut laman National Geographic, ada 7 risiko apabila anda sewenang-wenangnya membenarkan anak anda dicium oleh sesiapa sahaja.

1. Dijangkiti penyakit dalam kelompok Invasive Pneumococcal Disease (IPD). Contoh penyakitnya adalah radang paru (pneumonia), infeksi darah (bakteremia), dan radang selaput otak (meningitis).

2. Dijangkiti virus batuk dan selesema.

3. Kemungkinan untuk demam.

4. Ancaman radang otak.

5. Dijangkiti penyakit Cytomegalovirus atau yang lebih dikenal dengan CMV. Salah satu bentuk virus yang menyerupai virus herpes.

6. Diserang virus herpes.

7. Dijangkiti virus cacar air.

Kalau anda tidak mahu anak anda mengalami masalah-masalah ini, maka ikutilah saranan kami, jangan benarkan anak anda dicium sepanjang musim perayaan ini (dan tentu sekali bila-bila masa sahaja).

Shares