Ini Rahsia Didikan Seorang Ayah Sehingga 16 Orang Anaknya Berjaya Ke Universiti. Jom Tiru!

image

Kredit Foto : http://www.vanillakismis.my/

Apa perasaan anda apabila anak anda yang berumur enam tahun memenangi pertandingan bercerita peringkat tadika? Dan pada ketika anak anda berlari-lari anak pulang daripada sekolah lantas mengkhabarkan kedudukan nombor 1 dalam kelas, apa yang anda rasakan?

Kami tahu, kerana kami juga akan dianugerahkan perasaan yang serupa. Gembira. Bahagia. Terharu. Semuanya datang serentak tanpa persetujuan kita. Soal perasaan, ia tidak meminta tandatangan kita untuk datang menceroboh kehidupan kita.

Lantas, jika dianugerahkan 16 orang anak dan kesemuanya berjaya sehingga ke menara gading, tentu rasa gembira dan bahagia itu tinggi sehingga mencecah langit nan biru. Dan saya juga tertanya-tanya adakah itu kisah dongeng ataupun benar-benar wujud dalam dunia ini. Hakikatnya, ia wujud dan di negara kita pula. Tentu ada rahsia dalam didikan ibu dan ayahnya sehingga anak-anak mereka tumbuh menjadi orang yang berjaya. Kami kongsikan artikel ini dengan harapan ia akan memberi manfaat buat semua ibubapa. Sebarkan pada rakan-rakan yang lain tau. Artikel ini telah dikongsikan oleh anaknya sendiri.

“Pada tahun 1991 arwah ayah Ismail Abdullah lumpuh. Ibu, Fatimah Jusoh ketika itu sedang sarat mengandung dan terpaksa mengambil alih tugas ayah menyara kami adik beradik yang masih kecil dan dalam masa yang sama menjaga suaminya. Pengalaman yang paling menyedihkan saya dan adik beradik adalah apabila melihat keadaan ayah yang makin lama makin lemah. Disebabkan terlalu lama berbaring, bahagian belakang tubuh jadi berkudis
dan sangat menyedihkan, mereka adik beradik sering menangis melihatkan keadaan arwah mereka ketika itu.

“Ayah pergi selepas lapan tahun ‘menderita’ sakit. Namun pesanan arwah ayah tetap kami adik beradik pegang hingga ke hari ini. Arwah sangat mengutamakan solat berjemaah di masjid, ayah akan pastikan  anak-anak ada setiap kali lepas solat di masjid. Jika ada yang sengaja tak nak solat jemaah dan tiada dalam saf jemaah di masjid ayah akan cari keliling kampung.

“Ayah selalu menekankan pentingnya menjaga solat jemaah dan sembahyang awal bila masuk waktu. Arwah selalu berpesan apabila solat jemaah terjaga semua urusan lain juga akan terjaga, menjadi manusia yang lebih berdisiplin dan pelajaran dan akhlak juga akan menjadi baik.

“Inilah pengajaran yang sangat terkesan di hati saya dan sampai sekarang pun saya sangat menjaga solat berjemaah.  “Saya selalu bawa anak lelaki saya solat ke surau atau masjid dan saya sudah mula berpesan kepada anak-anak, mengulangi pesanan yang diturunkan oleh arwah ayah “tak guna pangkat tinggi kalau solat jemaah tak jaga. Masjid adalah sumber ketenangan dan rahmat,” ujar bapa kepada tiga anak ini.

Bagi Yazid juga ibunya adalah wanita yang sangat tabah. Pernah melihat ibunya menangis di sudut rumah namun apabila ditanya dia tidak mengakuinya. Pesanan yang selalu diulangi ibunya adalah jika terjumpa duit di tengah jalan walaupun 10 sen jangan diambil walaupun hidup miskin. Ibu sering menyebut jangan sesekali mengambil hak orang lain.

“Kami adik beradik memang terbiasa hidup susah , tetapi kami masih mampu menikmati kebahagiaan seperti orang lain. Seperti keluarga besar yang lain hidup berkongsi barang, dan ‘menurunkan’ baju kepada adik yang lebih kecil adalah perkara biasa buat kami.

“Walaupun hidup serba sederhana tetapi kasih sayang dan hubungan cukup kuat terjalin di antara kami. Semasa abang-abang dan sudah menjejaki universiti mereka hidup berjimat cermat di kampus, dan mampu ‘berkorban’ mengirim sebahagian daripada wang biasiswa untuk menolong ibu menyara adik-adik lain yang masih ramai bersekolah,”ujar cerita Yazid lulusan ekonomi Univerisiti Islam Antarabangsa dan pernah mendapat  pendidikan
tahfiz Datul Quran selepas tamat SPM.

Terima kasih kerna memberikan inspirasi dan semangat buat kami. Kirimkanlah doa buat Arwah Ismail Abdullah (Ayah kepada Yazid).

Artikel ini telah disunting daripada artikel asal yang bertajuk : 16 Beradik Masuk ‘U’, Anak Dedah Rahsia Didikan Arwah Bapa

 

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 516 times, 1 visits today)