Ingin Berkomunikasi Dengan Bayi Yang Masih Dalam Kandungan? Baca Panduan Ini.

love-1237394_1920

Sebuah kajian yang dijalankan mendapati bahawa dengan berkomunikasi dengan bayi yang masih dalam kandungan (atau janin) akan meningkatkan pengalaman sensorik pertama janin itu! Hebat kan? Pengalaman sensorik yang dialami oleh janin nanti akan membantu tumbesaran mereka terutamanya daya berkomunikasi (bercakap dan mendengar) dan lebih menakjubkan, ianya akan meningkatkan kemampuan berbahasa apabila bayi anda lahir melihat dunia.

Pft, mungkin akan menjadi A. Samad Said di zamannya. Siapa tahu? Kan! 😉

Tetapi persoalannya bagaimana? Dan yang lebih penting apa yang perlu kita katakan kepada mereka? Begini!

1. Berbicara Seperti Biasa Tetapi Elakkan Daripada Menggunakan Perkataan-Perkataan Yang Negatif.

Seboleh-bolehnya, anda digalakkan (atau boleh dikatakan juga diwajibkan) untuk tidak menggunakan perkataan-perkataan yang negatif seperti “tidak”, “jangan”, “anti” dan sebaginya ketika berbual bersama mereka. Kerana apa? Kerana secara asasnya, otak seorang bayi masih dalam kandungan masih belum memahami secara lengkap struktur ayat seperti kita orang dewasa.

Ayat seperti,

“Nanti dah besar, jangan nakal tau.”

Akan diterjemah oleh otak mereka sebagai,

“Nakal.”

Maka sebaiknya, harmonikanlah dan positifkanlah ayat-ayat yang keluar daripada mulut kita sebelum berborak dengan mereka. Contohnya,

“Nanti dah besar, jadilah anak yang soleh.”

Haaa, kan cantik tu. Kita yang dewasa ni pun dengar cantik je.

2. Ibu, Sila Jaga Emosi Anda.

Ingatlah wahai si ibu, anda sedang berkongsi tubuh dengan seorang manusia yang bakal lahir melihat dunia. Anda tidak lagi cuma bertanggungjawab ke atas diri anda, tetapi juga ke atas janin anda. Dan disebabkan anda berkongsi tubuh dengan mereka, mereka juga dapat merasakan bentuk emosi yang dirasakan oleh ibunya. Sehubungan dengan itu, sangat penting seorang ibu untuk mengawal emosi agar tetap bahagia dan gembira dalam apa jua keadaan.

Untuk ayah, bantulah ibu dengan sama-sama menyiapkan kerja rumah dan menjaga anak yang lain. Gembirakanlah mereka, kerana kandungan yang dalam perut mereka itu adalah hasil perkongsia hidup anda bersama.

3. Ambil Perhatian Terhadap Pergerakan Bayi Anda.

Terang dan nyata, ini hanya dapat dilakukan oleh ibu hamil. *Senyum sambil jeling suami.*

Bagaimana untuk tahu yang seorang bayi respons terhadap perbualan kita? Iyalah, mereka masih belum boleh bersuara, macam mana kita nak tahu? Jawapannya, melalui pergerakan! Pada ketika anda berbual perkara-perakara yang indah, mengajak si bayi menyanyi, mereka akan menendang-nendang perut anda untuk menunjukkan yang mereka pun teruja dan suka! Tetapi, cuba rasa apabila anda di tengah-tengah majlis yang bising dan hingar-bingar, perut anda pasti sakit, itu lah sebagai respons terhadap komunikasi yang tidak mereka sukai.

Berkomunikasi Dengan Janin Melalui Minda Separa Sedar

Selain berbual seperti biasa, si ibu juga boleh berkomunikasi dengan janin melalui kaedah self-hypnosis. Dengan kaedah ini, si ibu dapat masuk ke dalam alam bawah sedarnya dan berbicara dengan janin. Masyaallah! Hebat betul Tuhan yang Maha Mencipta.

Janin masih beum mempunyai minda sedar, jadi semua yang didengar dan dirasakan oleh janin akan diserap dengan lebih berkesan dan tanpa sebarang tapisan di minda separa sedarnya.

Berapa kali kita perlu berkomunikasi dengan janin? Sudah tentu tidak ada panduan atau nasihat yang benar-benar tepat berapa banyak kali perbualan yang perlu dilakukan dalam sehari. Alah, macam ibu kita berborak dengan kita, mana ada waktu serta bilangan yang khusus kan?

Jadilah ibubapa yang kreatif. Berkomunikasi dengan janin tidak semestinya cuma dengan perbualan-perbualan biasa sahaja, boleh juga dengan syair, nyanyian dan doa.

Semoga bayi anda selamat dilahirkan dan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. :]

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 343 times, 1 visits today)