Idea Menarik Bermain Dengan Bayi – Pasti Merangsang Mindanya!

Apa lagi yang lebih menyeronokkan selain meluangkan masa bermain dengan si kecil! Penat lelah baru pulang daripada kerja hilang dengan ajaibnya sebaik melihat raut wajahnya di muka pintu rumah. Melakukan aktiviti bersama bayi sangat disarankan bagi merangsang sel-sel otaknya untuk berhubung.

Sudah kering idea mahu buat apa bersama? Terdapat pelbagai buku di pasaran yang berkongsi tentang apa yang boleh dilakukan dengan si kecil. Sumber di internet juga sudah banyak. Namun tidak salah sekiranya saya ingin melontarkan beberapa idea menarik bermain dengan bayi.

Main geletek-geletek

Geletek keselurahan badannya supaya berasa geli. Bila sudah geli, pasti mereka akan ketawa. Ketawa merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi!

Bertentang mata

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

Membuat kejutan

Cuba tiup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Lihat reaksi comel yang bakal ditonjolkannya. Bukan sahaja bayi gembira, anda juga turut sama happy.

Nyanyikan lagu

Belajar sebanyak mungkin lagu kanak-kanak untuk dinyanyikan di hadapannya. Suara sumbang? Bedal sahaja asalkan bayi terhibur.

Goyangkan badan

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti penari ballerina.

Latihan meneka

Gunakan beberapa cawan plastik dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut. Biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

Jelirkan lidah

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

Main lego

Bermain permainan seperti lego membantu kemahiran mempelajari matematik kelak bila bayi membesar. Ini berdasarkan bukti daripada artikel Parenting Science. Rajin-rajinlah membina bangunan lego bersama mulai sekarang!

Aktiviti bercerita

Imaginasi anak akan berkembang apabila kita sering menceritakan kisah-kisah baru dan menarik kepadanya. Tidak perlu apa-apa props, cuma modal air liur sahaja.

Berbual dengannya

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

————————————–

Masalah ibu bapa sekarang adalah meletakkan tanggungjawab sepenuhnya terhadap maid / babysitter untuk menjaga bayi. Walaupun mereka menerima bayaran, tetapi anda tidak patut lepas tangan begitu sahaja! Luangkan masa bersama si kecil. Melihat mereka membesar merupakan saat-saat bahagia bergelar seorang ibu atau bapa. Percayalah 🙂

Anda ada idea menarik yang lain untuk dikongsikan? Boleh tinggalkan komen di bawah.

Kredit gambar: Bicara Shaznur

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 1,161 times, 1 visits today)