Ibu Ini Kongsikan 5 Perkara Yang Ibubapa Sering Abaikan Dalam Mendidik Anak Lelaki.

boy-1397805_1920

Beberapa hari yang lalu, kita digemparkan dengan kejadian tragis yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia. Eno, seorang gadis yang cuba mempertahankan maruah dirinya, dihukum dengan kejam oleh beberapa manusia yang tidak berperikemanusiaan. Sudahlah meragut kehormatan diri seorang wanita, mereka juga tanpa kasihan memasukkan sebatang cangkul, melalui kemaluan wanita itu sehingga 90 peratus daripada cangkul itu tenggelam ke badan Eno.

Dan disebabkan itu, organ dalaman Eno tercedera lantas mengakibat kematiannya. Dan kehebohan itu justeru mengingatkan kita tentang beriu-ribu kes yang hampir sama terjadi di negara kita. Rogol. Sebenarnya jenayah ini salah siapa?

Puan Iman dalam status Facebooknya mengingatkan kita tentang 5 perkara yang sering kita terlupa untuk ajarkan kepada anak lelaki kita. Mudah-mudahan selepas ini kita dapat ubah perkara ini.

Kita terlalu sibuk didik anak perempuan supaya jaga maruah diri sampai terlupa didik anak lelaki untuk menghormati dan melindungi kaum wanita.

Kita terlampau sibuk mengajar anak perempuan jadi isteri yang taat dan patuh sampai terlupa nak didik anak lelaki jadi suami yang bertanggungjawab dan penyayang.

Kita terlampau sibuk ajar anak perempuan uruskan rumahtangga, memasak, membasuh, mengemas, sampai tak perasan anak lelaki cuma tahu goyang kaki sebab semua dah terhidang depan mata oleh orang perempuan di dalam rumahnya.

Kita terlampau sibuk persiapkan anak perempuan dengan ilmu pertahankan diri, tutup aurat, jaga pergaulan sampai tak ingat nak ajar anak lelaki jangan sentuh jangan tenung anak perempuan orang sembarangan.

Perasan tak perempuan sentiasa diberi tunjuk ajar macam mana nak lalui zaman remaja (akil baligh) mereka supaya tak mengandung whatsoever? Perasan tak lelaki kena deal sendiri sepanjang proses akil baligh mereka dan tak ada yang approach?

Kita rasa bela anak perempuan seorang lagi susah dari jaga lembu sekandang. Kerana tak terdidiknya kaum lelaki lah kaum perempuan tertindas. Kerana tak terdidiknya orang lelaki lah orang perempuan automatik berdikari.

Wahai ibu wahai bapa. Didiklah anak-anak lelaki dan perempuan anda sebaik-baiknya. Kasihanilah anak lelaki anda yang ‘terabai’ dan disuruh belajar sendiri erti tanggungjawab. Kasihanilah anak perempuan anda yang dibebani dengan tanggungjawab yang sepatutnya lelaki laksanakan.

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan yang lain!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 434 times, 1 visits today)