Ibu Bapa Dengan 4 Orang Anak Lebih Bahagia. Betul Ke?

child-510604_1920

Puas juga saya berfikir, adakah jumlah anak dalam sesebuah keluarga dapat mempengaruhi kebahagiaan keluarga tersebut? Kalau benar, berapakah jumlah anak yang ideal untuk sesebuah keluarga?

Menurut Dr. Bronwyn Harman, Pensyarah Psikologi dan Sains Sosial, setelah lima tahun menemu bual ibu bapa daripada pelbagai kategori dan latar belakang, beliau mendapati ibu bapa yang miliki lebih daripada empat anak punyai kehidupan yang lebih bahagia berbanding keluarga yang miliki anak kurang daripada empat orang.

Tetapi kenapa ya empat orang? Kenapa bukan tiga, tujuh atau lapan? Haaa, untuk menjawab soalan itu ini ada tujuh sebab yang disenaraikan hasil daripada kajian yang dilakukan.

1. Anak-anak sudah ada teman sepermainan

Tidak perlu memanggil atau mengajak orang lain untuk bermain dengan anak kerana memadai mereka berempat untuk buat satu kumpulan dan bermain bersama-sama apatah lagi kalau umur anak tidak jauh beza antara satu sama lain.

Ibu bapa tidak perlu risau kerana boleh mengharapkan anak sulung menjaga, berkomunikasi dan belajar bersama adik-adiknya.

2. Ibu ada pembantu yang ramai

Punya anak yang banyak boleh membantu meringankan beban kerja rumah. Dan tidak cuma kerja rumah, juga kerja-kerja lainnya.

Anda juga tidak perlu risau untuk keluar berseorangan atau memerlukan bantuan mengangkat barang ketika di pasar raya kerana punya tenaga muda yang ramai.

3. ‘Tahan’ dengan kerenah

Setiap anak punya karakter yang berbeza. Meskipun ada kalanya ‘angin’ berdepan dengan perangai setiap anak tapi itulah yang membawa kebahagiaan.

Jadi anda sudah kebal dengan perangai anak-anak.

4. Anak-anak pandai berdikari

Biasanya mereka yang punya ramai adik-beradik sudah terbiasa ‘independent’ dan boleh diharap.

Jadi ibu bapa tidak begitu risau kerana anak-anak sudah pandai menjaga diri sendiri.

5. Ibu bapa memang suka keluarga besar

Setengah ibu bapa memang suka anak ramai. Bagi yang masih teragak-agak, mereka pun pasti akan selesa dengan kehadiran anak-anak, terutamanya apabila dapat lihat mereka membesar.

Sebab itu mereka amat menghargai pengalaman miliki keluarga besar.

6. Hubungan keluarga lebih akrab

Ini kerana miliki keluarga yang besar perlukan banyak kesabaran dan kompromi. Lebih banyak cabaran, lebih akrab lagi hubungan antara satu sama lain kerana masing-masing memberi sokongan.

7. Anak-anak sudah terdedah dengan pelbagai perangai

Apabila anak-anak berjumpa orang lain, mereka lebih bersikap terbuka dan tidak mudah melatah melihat kerenah serta ragam orang sekeliling kerana sudah terdedah dengan perangai adik-beradik yang berbeza.

Jadi, sebenarnya mereka mudah membawa diri dan tidak akan menyusahkan ibu bapa.

Nilai bahagia yang sebenar?

Kebahagiaan itu tidak sekadar tentang berapa anak yang kita miliki, tetapi sejauh mana kita bersyukur dan mengajak mereka-mereka yang didalam keluarga kita untuk menuruti dan taat perintah Allah. Semoga bermanfaat.

Artikel ini telah disunting daripada artikel asal yang ditulis oleh Puan Irawati Ismail.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 1,905 times, 1 visits today)