Selepas Membaca Ini, Pasti Anda Terasa Ingin Memakai Bengkung!

Berbadan gempal selepas bersalin – siapa yang mahu bukan? Jika sebelum mengandung, bentuk/berat badan berada dalam keadaan dan komposisi yang terbaik. Malah menjadi pujaan rakan-rakan (perempuan) di tempat kerja anda. Namun apa yang terjadi selepas bersalin, semua ini hilang sekelip mata kerana anda tidak lagi memberi komitmen untuk menjaga badan!

Ramai yang memberi alasan untuk tidak lagi menjaga badan. Antara alasan yang biasa didengari – tidak cukup masa, sibuk dengan anak, sibuk kemas rumah. Jika anda terus memberi alasan, maka sampai bila-bila anda akan gagal mengembalikan potongan badan yang asal.

Salah satu cara mudah untuk mencapai tujuan ini adalah dengan memakai bengkung.

Kenapa perlu pakai bengkung?

Selain mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal, terdapat pelbagai lagi faedah lain di sebaliknya.

1. Menyokong tulang belakang justeru membentuk postur yang baik di mana sangat membantu ketika menyusukan bayi
2. Merapatkan faraj yang telah regang dan longgar
3. Masalah ‘masuk angin’ dapat dielakkan
4. Memulihkan rahim dari segi mengembalikan kedudukan, mengecutkan dan menyokongnya
5. Merapatkan tulang punggung
6. Perut dan otot-otot longgar? Bengkung membantu merapatkannya kembali

Ada yang bersependapat bahawa memakai bengkung adalah ketinggalan zaman. Ada juga ibu yang mengadu susah dan leceh untuk memasangnya. Alasan seperti ini boleh disingkirkan kerana kini bermacam-macam jenis bengkung yang wujud di pasaran. Harga pun tidak terlalu mahal. Kena pandai cari dan pilih sahaja.

Awas! Penting pakai bengkung dengan teknik yang betul!

Jangan pasang sambil lewa. Rahim anda boleh tertolak ke bawah sekiranya tidak dipasang dengan cara yang betul. Ohsemmama ingin berkongsi beberapa syarat berkaitan pemakaian bengkung:
1. Waktu pemakaian? Sepanjang masa
2. Cara pemakaian? Bermula dari bawah, tutup semua abdomen pada badan dan ikat sehingga ke bahagian bawah payu dara
3. Pantang larang? Bengkung jangan terlalu pendek dan sila pasang dengan kemas dan ketat

Amalan berbengkung haruslah disertai dengan amalan-amalan berpantang yang lain demi mengembalikan tubuh badan asal sebelum anda mengandung dan bersalin. Kami ada menulisnya di sini: Amalan Berpantang Yang Semakin Dilupakan

Ada banyak lagi yang Ohsemmama ingin kongsikan berkaitan bengkung – seperti ciri bengkung yang baik, perbezaan bengkung tradisional dan moden, dll. Nantikan pada artikel yang akan datang! 🙂

 

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 5,576 times, 1 visits today)