Dilema Pasangan Dah Kahwin Menjelang Raya: “Kau Bila Nak Ada Anak?”

DAH TAHU, TANYA LAGI.

Baru-baru ini ada seorang kawan datang ke Brojak. Kawan lama. Datang nak rasa udang galah bakar madu.

Aku pun layan lah dia. Dah nama kawan, kan? Teman dia makan, pekena nescafe secawan.

Sambil-sambil duduk bersembang, tanya macam-macam, tertanya satu soalan,

“Kau bila nak ada anak?”

Kawan ni terdiam seketika. Tapi mulut masih mengunyah. Sedap sangat udang galah tu agaknya.

Lepas tu baru dia kata,

“Belum ada rezeki, bro. Ini dekat nak raya lagi lah aku pening”.

Aku tanya lah kenapa. Kata dia, macam biasa lah, saudara mara macam tak ada benda lain nak tanya dah. Jumpa je mesti soalan tu mula-mula sekali.

Padahal bukan tak tahu pun. Padahal baru bulan lepas jumpa. Takkan lah sebulan mengandung terus beranak?

Padahal selalu je berhubung di whatsapp group family, cuma jumpa je jarang-jarang. Takkan lah kalau kita dapat anak, tak keluar cerita kat whatsapp group family, kan?

Jenis dah tahu tapi tanya lagi.

Macam tu lah kita ni. Kadang dah nampak orang tu dah lama kahwin, dah tahu orang tu belum ada rezeki bab anak, gatal lagi mulut nak bertanya.

Kata dia lagi, aku tak ada masalah sangat. Yang kesian isteri aku lah. Tengok kawan-kawan dia bawak anak, sedih. Tengok kawan-kawan dia bawa anak pergi shopping raya, dia sedih.

Itu baru bab tu. Nanti raya, dah lah tanya bila nak ada anak? Lepas tu soalan kedua, tak pergi check ke? Kot suami bermasalah. Kot isteri tak boleh mengandung.

Perlu ke tanya soalan macam tu? Dah lama kahwin, suami isteri tahu lah apa perlu dibuat. Perlu check atau tak check. Sibuk jaga hal orang. Kata dia.

Bab ni, ramai lupa hal Izin Tuhan. Main tanya je sesedap rasa tanpa jaga perasaan orang yang dah lama teringin.

Usaha lah sampai lebam, sampai beralih pinggang pun, kalau dah Tuhan tak izinkan lagi, nak buat macam mana?

Kita tengok kekurangan pasangan yang dah kahwin tapi tak punya anak ni hanya dari segi itu sahaja. Kahwin, tak ada anak.

Eh, mereka kurang bab tu tapi mereka mungkin lebih bab lain.

Masa, contohnya. Mereka punya masa berdua setiap masa. Kita yang dah ada anak ni, nak punya masa berdua bukan main payah.

Tunggu dah tua esok, anak-anak semua dah kahwin, dah hidup sendiri baru lah dapat rasa balik hidup berdua. Masa tu nak main kejar-kejar dalam bilik pun dah hilang tune.

Itu satu je contoh. Contoh lain banyak lagi kelebihan mereka yang kahwin tak ada anak ni. Mereka kurang dari segi tu, Tuhan bagi mereka senang ikut benda lain.

Tiada anak ni bukan hukuman pada pasangan berkahwin. Ingat tu.

Jadi, di hari raya nanti, kalau boleh bila dah nampak satu pasangan yang dah lama kahwin tapi masih berjalan berdua tu elakkan lah bertanya soalan bila nak ada anak.

Mereka mungkin senyum, mereka mungkin tertawa tapi hati mereka kita tak tahu macam mana.

Sekadar pesan.

Dah tahu, tanya lagi. Huh! 

Artikel ini disunting dari perkongsian Andy Sulaiman di Facebooknya.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 200 times, 1 visits today)