Adakah Anda Seorang Ibu Yang Baik? Jom Check Di Sini!

Macam-macam masalah dan situasi yang akan wajib kita hadapi apabila menjadi ibu kepada seorang anak. Itu baru seorang, belum lagi kalau anda mempunyai lebih daripada satu anak. Lagi lah berbagai ragam.

Contoh tauladan yang baik harus ditonjolkan terhadap anak-anak kerana tinggi peratusannya yang mereka akan ikut setiap perkara yang kita lakukan tidak kira positif mahupun negatif. Pentingnya anda mempunyai ciri-ciri seorang ibu yang baik dan penyayang.

Ibu yang disenangi dan disukai anaknya memperoleh sifat seperti …

1. Tahap kesabaran yang tinggi

Apa yang boleh membezakan antara ‘ibu muda’ dan ‘ibu senior’ adalah pada pengawalan emosinya. Kerana masih baru, ibu muda kerap berasa hilang sabar dengan tingkah laku anak yang tidak mahu duduk diam. Jadi eloklah sebelum anda menjadi seorang ibu, semai sifat sabar yang tinggi dalam diri.

2. Tahu memlih makanan yang terbaik untuk keluarga

Anda tidak pandai memasak? Tidak mengapa tetapi apa yang salahnya apabila anda tidak tahu cara memilih makanan yang baik untuk dimakan seisi keluarga.

Misalnya, bayi boleh jadi obes dan menghidap diabetes jika setiap hari anda suap dengan karbohidrat yang berlebihan. Bukan sahaja memberi kesan terhadap fizikalnya, malah perkembangan otak juga boleh terganggu jika diberi makanan yang tidak sihat. Maka wajib anda tahu apa yang anda hidangkan untuk keluarga tercinta.

3.  Seorang pendengar yang baik

Menjadi seorang ibu beerti anda kena bersiap sedia mendengar celetoh anak-anak. Lihat sahaja ibu kita sewaktu kita kecil, bagaimana mereka selalu mendengar dengan sabar dan membiarkan sahaja kita bercerita panjang lebar walaupun untuk hal-hal yang tidak penting.

4. Fokus kepada keperluan anak lebih daripada diri sendiri

Seusai anak pertama dilahirkan, semua perkara yang anda lakukan adalah untuk dia. Contoh yang paling nyata adalah dalam aspek berbelanja. Bayangkan anda sedang berada di pasar raya membeli-belah dan ternampak jubah baru yang membuat anda terpikat untuk membeli…

“Wahh inilah jubah yang aku nak beli haritu. Nak beli satu lah! Yang warna hijau tu macam lawa!”
“Emm tapi, takpa lah lain kali je sebab nak beli baju si Delisha. Kesian dia baju dah tak muat”

5. Tidak melarang tanpa alasan yang logik

Ingat, jika anda sering melarang anak melakukan sesuatu tanpa menjelaskan kenapa, kemungkinan besar dia akan memberontak. Lebih teruk daripada itu, anak berani melawan kembali apa yang anda cakapkan!

6. Peka terhadap kesihatan sendiri dan anak-anak

Sering melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap diri sendiri kerana risau anak mempunyai penyakit yang sama (samada melalui jangkitan ataupun keturunan). Anda tidak membiarkan sesuatu penyakit melarat sampai ke satu tahap yang kritikal. Penting untuk memeriksa tahap kesihatan dengan kerap kerana takut-takut, anak anda mewarisinya (contoh seperti HIV, thalasemia dan lain-lain).

7. Tidak berasa jijik pada hal-hal yang kotor

Contoh seperti bayi anda tiba-tiba muntah di sofa selepas makan. Anda tidak akan lari daripada tempat kejadian dan mengharapkan pertolongan sesiapa. Bahkan anda bergegas membersihkan bayi dan membawanya ke tempat yang bersih.

8. Yakin dengan kebolehan anak dan tidak membanding-bandingkannya dengan orang lain

Sentiasa menyokong kebolehan yang ditonjolkan si kecil supaya dapat memupuk keyakinan diri dan mengembangkan potensi sedia ada. Anda juga tidak menyamakannya dengan sesiapa kerana anda percaya, anak kecil itu bakal membesar menjadi ‘somebody’ yang akan melakukan sumbangan besar terhadap masyarakat.

Memiliki sebahagian besar sifat-sifat di atas? Tahniah saya ucapkan kerana anda merupakan seorang ibu yang baik, sentiasa kasih dan sayang terhadap anak-anaknya! 🙂

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 1,370 times, 1 visits today)