Ibubapa Pilih! Carseat Untuk Anak Lagi Penting Atau Baju & Kuih Raya?

baby-carseat-child-carseatKehangatan sambutan hari raya semakin terasa. Tak sabar rasanya untuk pulang berhari raya di kampung yang sentiasa dekat di hatikan? Sudah pasti anak-anak adalah insan yang paling gembira setiap kali menyambut hari raya. Tetapi dalam kegembiraan ini, ia sering terpalit oleh peristiwa yang kemalangan yang tidak diingini.

Banyak kes berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian. Paling menyedihkan, peristiwa ini boleh dielakkan.

Cuba ikuti perkongsian dibawah.

Apa pendapat anda tentang penggunaan baby carseat dan child carseat?

PENTING atau TAK PENTING?

Apa yang saya lihat, majoriti ibubapa di Malaysia tidak meletakkan bayi mereka di dalam baby carseat dengan dengan sempurna. Bayi tidak dipakaikan dengan baby seat belt. Mereka lebih selesa memangku bayi.

Yang paling parah, ada yang meletakkan bayi di atas tilam bayi yang diletakkan di atas kerusi kereta tanpa sebarang alatan keselamatan.

Ada juga saya lihat ibubapa yang sudah ada baby carseat. Tapi bayi hanya diletakkan dalam baby carseat tanpa dipakaikan baby seat belt. Tak kurang parahnya juga bila baby carseat itu hanya diletak begitu sahaja tanpa diikat dengan seat belt kereta!

Ada juga situasi di mana anak-anak yang berusia 9 tahun ke atas yang saya lihat, ibubapa mereka selamba saja biarkan anak-anak berdiri dalam kereta tanpa dipaksa untuk memakai seat belt!

Pernah tak anda terfikir, bagaimana jika anda terpaksa buat emergency break yang sangat mengejut? Pernah tak terfikir, bagaimana keadaan bayi anda yang tanpa sebarang alatan keselamatan?

Tak ke bayi anda akan terbang tercampak ke depan atau tercampak keluar dari kereta?

Pernah tak fikir macam itu?

ALASAN IBUBAPA TIDAK MENGGUNAKAN BABY CARSEAT

Saya sering diberitahu dan mendengar yang faktor kenapa ibubapa tidak menggunakan baby carseat adalah kerana:

1. Serabut dengar anak menangis sebab taknak duduk dalam baby carseat.
2. Baby carseat harganya mahal.
3. Kereta jadi sempit sebab baby carseat makan ruang.
4. Anak ramai.

TIPS DIDIK ANAK MENGGUNAKAN BABY CARSEAT

Saya ingin berkongsi dan memberi pendapat bagaimana mendidik anak untuk menggunakan baby carseat / child carseat. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

# Serabut dengar anak menangis taknak duduk dalam baby carseat?

Ajar anak menggunakan baby carseat sebaik sahaja keluar dari hospital bersalin

  • Kedua-dua anak saya telah diajar guna baby carseat sejak umurnya 1 hari. Sifat bayi ketika ini banyak tidur. Jadi mereka akan okey saja duduk dalam baby carseat.

Cekalkan hati dan bertenang ketika anak menangis

  • Anak ke-2 saya Amanda pula, bermula dari hari ke-7 pantang, saya sudah mulakan bawa dia dalam rutin memandu (kereta auto). Saya bawa Amanda bersama untuk ambil abangnya pulang dari tadika.
  • Tahu apa berlaku? Eh bukan bentan! Alhamdulillah Allah mudahkan waktu berpantang saya apabila saya kembali aktif dengan rutin harian di hari ke-7 pantang.
  • Yang berlaku ialah Amanda menangis semahu-mahunya. Bagaikan dia kena dera. Tapi apa yang saya boleh buat? Jadi saya biarkan sahaja dia menangis di belakang sambil saya dengar alunan musik. Bila di lampu isyarat, saya akan tepuk-tepuk dia dan toleh bagi melihat keadaannya.
  • Ya! Memang kena periksa juga keadaan anak. 3 minit dia menangis kuat non-stop. Kemudian dia senyap dan tidur. Begitulah rutin setiap hari. Dia akan menangis. Genap 7 hari ketika umurnya 14 hari, dia dah tak menangis lagi bila saya bawa dia naik kereta. Dia nampak selesa sebaik sahaja saya letakkan dia dalam baby carseat.
  • Sebenarnya dari hari ke hari, hari ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya, tempoh masa dia menangis semakin pendek. Kenapa? Ini kerana dia tahu bila dia nangis mummy tak bagi reward dengan angkat dia keluar dari baby carseat tu.
  • Bayi ini cerdik. Apabila dia nangis kemudian kita pula sibuk angkat dan pujuk, hmmm memang sampai bila-bila lah dia nangis sebab dia tahu mak dia akan angkat dia. Jadi sejak itu dia memang tak nangis dah. Malah dia tahu bila masuk kereta saja Adik dan Abang akan tahu di mana tempat mereka.
  • Abang akan naik kereta dan terus duduk dalam toddler carseat dia dan pakai seat belt. Adik pun sama akan senyum dan tunggu mummy pakaikan seat belt.

Bagi sesuatu yang dapat menarik perhatian mereka & berhenti rehat.

  • Adat anak bila kami travel jauh seperti pulang kampung 3-5 jam mereka akan bosan dan mula merengek. Jadi cuba bagi toys, ipad atau tengok video. Atau berhenti rehat untuk mereka bermain dan makan. Kemudian sambung perjalanan.

# Baby Carseat mahal?

Tolong invest untuk keselamatan anak.

  • Belanja baju raya dan kuih raya RM500-RM600 sekeluarga anda boleh beli betul tak?
  • Sekarang banyak peniaga online jual baby carseat yang range harga RM200-RM300. Atau yang preloved pun ada. Tapi pastikan baby carseat itu mempunyai baby seat belt. Kalau toddler carseat kena ada ISOFIX . 2 ciri ini sangat penting!
  • Pilih carseat yang sesuai dengan UMUR dan BERAT.

# Kereta jadi sempit sebab baby carseat makan space?

Pilih baby carseat yang saiznya sesuai dengan kereta.

  • Kalau untuk anak dah besar dan boleh muat seat belt yang tersedia di kereta, paksalah dia pakai seat belt. Bukan biarkan dia bebas berdiri dan panjat sana-sini!

Takut orang kecil hati sebab orang tak boleh tumpang kereta

  • Kalau anak-anak tak ada masa orang mahu tumpang, buka carseat itu sekejap dan bagilah orang tumpang. Tak susah mana pun nak pasangkan semula. Nak atau tak nak saja.
  • Tapi bagaimana kalau balik kampung untuk raya? Mmm cara saya memang saya bagitahu siap-siap yang kereta saya hanya ada 1 seat saja available. Itu pun di tengah. Kalau kereta suami, ruang di tengah memang sangat sempit. Tapi kalau nak tumpang boleh saja.
  • Cuma saya bagithau awal-awal, yang saya takkan buka carseat jika anak-anak saya naik sekali. Saya memang takkan pangku anak-anak saya di depan. Insha allah mereka akan faham jika kita maklumkan dengan betul.

# Anak Ramai?

Kalau anak lebih dari 2 orang macam mana?

  • Suruh anak sulung pakai seat belt sahaja. Sekurangkurangnya dia masih memakai seat belt. Anak berumur 5 tahun ke atas dah boleh pakai seat belt yang kereta sediakan. Atau boleh beli baby seat belt tambahan untuk dipadankan dengan seat belt kereta. Ada banyak yang dijual di kedai baby.
  • Anak sulung saya ni sekarang berumur 6 tahun 8 bulan. Masih guna toddler car seat sebab bila dia tidur kepala dia disokong oleh head support carseat tersebut. Jadi dia akan selesa lagi-lagi bila travel jauh-jauh.

ADA LAGI ALASAN TAK?

Cuba dulu ya! Minggu depan dah nak balik raya kan? Ada masa lagi pergi shopping baby carseat raya! Ingat juga tentang keselamatan anak. Jangan ingat nak melaram saja. Usaha dulu sebelum tawakal kepada Allah tentang keselamatan anak.

Kalau tak pun. Paling kurang pakaikan SEAT BELT untuk anak! Paksa! Jangan biar anak melompat dan memanjat dalam kereta. Ayah pakai seat belt tapi anak isteri dibiarkan tanpa disuruh pakai seat belt. Kenapa? Ayah saja ke yang nak hidup? Anak dan isteri bagaimana? Banyak kan kes anak isteri maut tapi ayah terselamat sebab ayah yang memandu pakai seat belt.

Ingat! USAHA DAHULU BARU TAWAKAL tentang keselamatan anak!

Esok pergi cari baby carseat sebelum cari baju raya dan shawl raya ya mummies. Jangan pangku lagi bayi. Bahaya!

Artikel ini disunting daripada status yang dikongsikan oleh Puan Sheila Samsudin di Facebook.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 405 times, 1 visits today)