Cara Terbaik Untuk Menyimpan Susu Badan.

drip-175551_1920

Haaaa, lepas dah pam susu banyak-banyak, macam mana nak simpan? Letak dalam bekas dan simpan macam tu je ke? Suhunya berapa? Bekas apa yang sesuai? Prosesnya bagaimana?

Jangan risau, kami juga curious semangat ingin tahu dalam diri kami semua membuak-buak macam anda juga. Disebabkan itu, kami mencari jawapan untuk persoalan-persoalan ini dan kami rasakan ianya sangat penting untuk dikongsikan kepada semua ibu terutama bagi bahan bacaan ibu yang sibuk dan bekerjaya.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda, dan andai ia bermanfaat kongsilah dengan rakan-rakan yang lain. Mana tahu dalam tak sedar anda membantu mereka. Kan? *senyum sampai telinga*

Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat.

  • Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
  • Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.

Anda boleh menyimpan susu badan:

  • Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama empat jam.
  • Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
  • Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.

Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.

Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:

  • Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
  • Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
  • Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.

Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.

Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.

Semoga perkongsian kami kali ini dapat membantu anda memberikan yang terbaik buat bayi anda. 🙂

Artikel ini telah disunting daripada artikel asal yang bertajuk : Apakah cara terbaik untuk menyimpan susu badan?

 

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 856 times, 1 visits today)