Cara Menghitung Tarikh Kelahiran Bayi. Sila Sediakan Pen & Kalkulator.

pregnancy-775041_1920

Pasti teruja untuk menunggu kelahiran bayi biarpun ini adalah anak yang ke-lima kita. Perasaan teruja, dan ingin tahu itu bahkan semakin meluap-luap daripada kali pertama kita mengandungkan bayi sulung kita. Maka dengan itu, kami kongsikan kepada anda cara untuk mengira dan menganggarkan tarikh kelahiran bayi anda akan jatuh pada berapa haribulan.

Cara paling mudah dan cepat  untuk mengetahui Hari Perkiraan Lahir (HPL)  dan Usia Kehamilan (UK)  adalah menggunakan Formula Neagle, yaitu   +7-3+1  (masukan dalam buaian)  yang memerlukan data HPHT atau Hari Pertama Haid Terakhir Anda.  Jadi, ketika hamil, usahakan supaya anda mengingat bilakah HPHT, agar doktor dapat membantu anda menentukan HPL dan UK.

Contoh, jika  seingat anda, HPHT Anda sebelum hamil adalah 20 Disember 2015, maka angka-angka tanggal, bulan dan tahun  itu dapat dimasukkan ke dalam formula Neagle seperti dibawah :

20 + 7 = 27
12 – 3 =  9
2015 + 1 = 2016

Haa, maka dapatlah HPL untuk bayi dalam kandungan anda iaitu pada tanggal 27 September 2016, dengan perkiraan dianggarkan lambat atau cepat 2 minggu daripada tarikh itu.

Jika anda tidak ingat HPHT,  barulah doktor akan menentukan HPL dan UK dengan cara-cara lain, namun kebiasannya tidak dapat dilakukan pada waktu yang sama.

Melalui pemeriksaan ultrasonografi

Buat masa ini pemeriksaan ultrasonografi (USG) adalah teknik yang dianggap paling tepat untuk mengira HPL dan UK.  Doktir akan menghitung usia kehamilan dengan USG menggunakan 3 cara, iaitu dengan mengukur diameter kantung kehamilan (Gestational Sac atau GS) pada ibu hamil muda kira-kira 6-12 minggu kehamilan, mengukur jarak kepala dengan punggung janin (Grown Rump Length atau GRI) pada usia kehamilan 7-14 minggu, dan  mengukur diameter kepala janin  (Biparietal Diameter atau BPD) pada usia kehamilan di atas 12 minggu. Hasil pengukuran tersebut lalu dibandingkan dengan acuan standard.

Melalui pemeriksaan tinggi rahim

Pada awal kehamilan, ketika perut anda belum membesar, ketinggian rahim diukur dengan cara meraba atau menyentuh kandungan anda untuk menemukan bagian kepala rahim (Fundus Uteri),  dan mengukur ketinggian kepala rahim tersebut atau Tinggi Fundus Uteri (TFU). Untuk itu, doktor atau bidan akan menggunakan suatu ukuran standard.

Misalnya, jika TFU anda sedikit di atas simfisis pubis – daerah di antara tulang rawan dan tulang pubis, atau di atas vulva – maka ertinya usia kehamilan anda adalah 12 minggu. Atau jika TFU setinggi pusat, ertinya usia kehamilan 24 minggu.

Namun ketika kandungan anda mulai membesar, maka pemeriksaan ketinggian rahim dilakukan dengan menggunakan pita ukur. Dengan mengetahui usia kehamilan, selanjutnya mudah bagi doktor untuk menetapkan HPL,  sebab rata-rata kehamilan akan berakhir pada usia 40 minggu.

Pemeriksaan gerakan janin   

Gerakan janin yang terasa pertama kali di dalam kandungan anda pun, dapat membantu doktor untuk menentukan HPL. Pemeriksaan gerakan janin biasanya dilakukan setelah kehamilan berlangsung agak lama.  Pada kehamilan pertama,  gerakan janin yang dirasakan oleh ibu buat pertama kalinya terjadi  pada usia kehamilan 19-21 minggu. Sedangkan pada kehamilan kedua,  gerakan janin pertama kali dapat dirasakan pada usia kehamilan 17-19 minggu.

Menggunakan aplikasi di internet

Disebabkan kita hidup dalam dunia yang serba moden, maka sangat mudahlah kerja kita! Banyak aplikasi untuk mengetahui HPL. Anda boleh mencarinya dengan memasukan kata kunci “due date”, di antaranya adalah Mobile Mom,  Glow Nurture, Sprout dan sebagainya.

Namun untuk mendapatkan HPL dengan menggunakan aplikasi tersebut, tetap sahaja anda mesti memasukkan hari, bulan dan tahun HPHT, jadi memang penting untuk mengingat HPHT ini.

Haaa, dah kira? Berapa hari lagi anak anda akan lahir melihat dunia? Kongsilah dengan kami :]

Artikel ini telah diterjemah dan disunting daripada artikel asal yang bertajuk : Menentukan Hari Perkiraan Lahir

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 2,652 times, 1 visits today)