Tips Pantas dan Berkesan Bersihkan Botol Susu Bayi

Adakah si kecil anda sudah cerai susu ibu (tidak menghisap susu ibu lagi)? Perlahan-lahan anda melihat dia sudah tidak mahukan susu anda lagi dan sudah move on kepada susu botol. Jika ya, tahniah diucapkan! Anak anda sedang melalui fasa perkembangan yang normal dan sihat.

Cerai susu bermakna anda tidak perlu lagi bersusah-payah mengerah susu dan banyak tenaga dapat dijimatkan untuk melakukan aktiviti harian lain. Bukan itu sahaja, anak juga boleh ditinggalkan di bawah jagaan orang lain kerana kini anda hanya perlu sediakan susu botol sahaja sebagai pengganti.

Walaupun kini anda boleh bergerak dengan lebih bebas dan tinggalkannya dengan botol susu sahaja, namun ada satu perkara yang anda kena pantau – kebersihan botol susu tersebut! Penting kerana anda pasti tidak mahu bayi minum susu yang tercemar oleh kekotoran yang terlekat pada botol susu.

Botol susu kena dibersihkan dengan segera setelah digunakan. Sekiranya dibiarkan, sisa-sisa susu menjadi busuk dan dikhuatiri menjadi tempat kuman dan bakteria bertandang. Oleh itu ohsemmama ingin berkongsi cara efektif membersihkan botol susu. Selamat mencuba!

1. Tanggal setiap bahagian botol susu.
2. Tuangkan cecair pembersih khas + sedikit air ke dalam botol dan bahagian lain.

IMG_5338[1] 3. Dengan menggunakan berus khas, berus secara memutar bahagian bawah dan dasar botol.

Tips: Beli berus yang berbulu halus, lembut dan tidak mudah tercabut bulunya!

4. Bersihkan bahagian tepi dalam botol
5. Dengan menggunakan berus kecil, bersihkan bahagian bibir botol (boleh guna berus gigi yang bersih)
6. Jangan diabaikan pergelangan puting! Guna berus kecil untuk membersihkannya.
7. Penutup botol susu pula cukuplah dengan hanya menggunakan tangan dan dijiruskan air serta sabun.
8. Bilas semua bahagian botol dengan air yang mengalir.

Tips: Elakkan rendam. Dikhuatiri kotoran yang sudah terlepas melekat kembali kepada botol!

9. Biarkan ia kering sepenuhnya untuk beberapa ketika.
10. Jika sudah kering, barulah pasang semula dan botol susu sedia untuk digunakan!

Sebaiknya, sediakan botol susu tambahan sebagai persediaan. Jangan kedekut untuk berbelanja demi kesihatan si manja tersayang. Tidak akan rugi berbelanja demi untuk melihatnya membesar dengan sihat dan ceria. Setuju? 🙂

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 2,459 times, 1 visits today)