Bijak! Ini Cara Paling Win Ajar Anak Anda Makan Sayur

cara-ajar-anak-makan-sayurSalam semua. Nak tanya, ada ke ibu bapa yang ada masalah anak tak suka dan tak mahu langsung makan sayur? Pantang terjumpa sayur dalam makanan, terus lari dari meja makan. Dah jadi macam perang dunia ke dua pula bila tiba waktu makan. Terkejar ke sana sini. Adoi…

Sebenarnya saya nak kongsi pengalaman saya berhadapan dengan si kecil yang tak mahu makan sayur. Ada cara ni yang saya dapat dari hasil carian di internet, ada juga yang saya cuba jaya sendiri. Bolehlah kalau nak cuba cara saya ni. Tapi hasilnya mungkin berbeza ya. Selamat mencuba 😀

Sediakan sayuran dalam bentuk yang cantik dan comel.

Sediakan sayuran dalam bentuk yang cantik dan comel.

1. Sediakan sayuran dalam bentuk yang cantik dan comel di mata anak-anak. Macam saya buat, saya buat lobak dalam bentuk teddy bear dan ikan. Kemain seronok dia makan. Siap suap lagi kat ummi dan abi dia. hehe

2. Kalau boleh, jangan letak terlalu banyak kuantiti sayur di dalam pinggan makan anak. Nanti dia terus turn-off. Lepas tu kalau nak pujuk memang krik-krik la jawabnye. hehe

3. Ok, ini antara “trick” kami yang paling menjadi. Sediakan dua pilihan untuk anak. Contohnya: Adik mahu 3 sudu sayur atau 5 sudu sayur? Pastinya dia akan pilih yang 3 sudu. Tak apa, sekurang-kurangnyanya dia masih akan makan sayur juga akhirnya. Itulah sebenarnya tujuan asal trick tu.

4. Bila ada kelapangan, saya bawa anak ke pasar raya dan beri kebebasan untuk dia buat pilihan sendiri. Pengalaman saya, biasanya dia akan makan apa yang dia pilih tanpa banyak soal. Tapi sebelum tu awal-awal lagi beri syarat dia kena makan apa yang dia pilih.

5. Galakkan mereka mencuba semua jenis sayur. Kadang-kadang mereka tak berkenan bukan sebab rasa sayur tu, tapi sebab tekstur. Macam anak saya, dia suka sayur yang rangup apabila dikunyah. Lobak dengan timun memang “feveret” dia. Yang lembik atau berdaun dia tak berapa suka.

smoothies sebagai serampang dua mata.

Smoothies sebagai serampang dua mata.

6. Buat smoothies. Cara begini sebagai serampang dua mata. Khasiat sayur dapat, dan proses pencernaan pun lebih mudah. Anak nak membuang memang tak pernah ada masalah. Nak lebih sedap, sejukkan dulu. 😀

7. Sedikit tambahan, jika ada sayur yang si kecil tak suka sebab rasa sayur tu, campurkan sayur tu dengan buah-buahan yang dia suka, “blend” dan buat smoothies. Bila buat macam tu, rasa sayur tu akan hilang. 😀

8. Ada juga ibu bapa yang suggest beri anak jus pati campuran sayur dan buah-buahan. Sebab semua khasiat sayur dan buah-buahan ada dalam tu. Di Malaysia ni mungkin masih baru, tapi di luar negara sudah biasa. Anak-anak pun gemar sangat menghirup jus campuran sayur-sayuran tu. Dalam pasaran sekarang, jenama yang paling bagus saya jumpa adalah VGKids. 1 sudu tak cukup! Anak-anak minta nak lagi. Kena dengan selera budak-budak agaknya. Saya bagi je, senang tak perlu nak bergelut lagi dah.

9. Saya tak pernah paksa anak saya makan. Anak-anak syurga ni unik cara mereka berfikir. Bagi mereka, kalau ibu bapa terpaksa berhempas pulas nak suruh makan, mesti sesuatu benda itu tak baik.

10. Apabila menerangkan kepada anak, kami biasakan guna elemen “result” yang mengujakan anak berbanding autoriti. Sebagai contoh, beritahu kepada anak bila makan brokoli, mereka akan “lebih cepat membesar dan boleh main gelongsor di waterpark” adalah lebih berkesan berbanding ayat “sebab sayur ni elok”. Ataupun, boleh juga gunakan ayat “makan sayur lobak supaya boleh melihat di dalam gelap macam boboboy”.

11. Jangan sesekali “assume” yang mereka takkan suka sayur tersebut selepas pertama kali mereka menolak. Apa yang kami perhatikan, mereka menolak kerana mereka sedang dalam proses “explore” rasa dan tekstur sayur tersebut. Ada juga pakar yang mengatakan selepas 15-20 kali cuba makan, anak akan biasa dengan sayur tersebut.

12. Guna idola mereka sebagai contoh. Contohnya, “adik kena makan buah sebab Didi dan Pak Atan suka makan buah”. Biasanya menjadi.

Ada 12 tips yang boleh puan-puan gunakan di sini. Cuba aplikasikan salah satu kepada anak anda. Paling penting, anda harus bersabar. Jangan cepat sangat melatah dan marah jika anak berterusan menolak untuk makan sayur. Teruskan mencuba. Bukan kah ada 12 tips tu. Cubalah satu persatu. 🙂

 

Shares