5 Usaha Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Melahirkan Bayi Secara Normal

baby-821625_1920

Hamil. Tidak jarang kes-kes kehamilan ini dilaporkan menyebabkan meningkatnya tekanan dalam diri si ibu yang sedang hamil. Iyalah, bayangkan sahaja…anda sedang berkongsi apa yang anda miliki dengan satu lagi nyawa yang belum pun anda kenali. Dan tidak terhenti disitu, anda pula rupa-rupanya sudah jatuh cinta dengan nyawa yang masih belum bernama itu. Ah, dunia memang dipenuhi dengan orang-orang gila.

Anda ingin memberikan yang terbaik buat si dia. Baik ketika dia singgah dan menumpang rahim anda, atau pada ketika melahir dan membesarkannya. Anda mahukan semua yang terbaik untuk si dia.

Dan untuk itu, anda tidak mahu melahirkannya secara pembedahan caesar. Anda mahu bersalin secara normal, seperti kebiasaannya orang-orang kita. Oleh itu, untuk memastikan janin tidak ‘merajuk’ dengan kita, elok kiranya kita melakukan beberapa usaha yang saya kongsikan ini sebagai usaha terhadap apa yang kita rancangkan.

1. Banyakkan Berjalan Kaki

Tentu sahaja aktiviti ini adalah aktiviti yang paling mudah, murah dan menyenangkan. Dengan aktiviti ini, ia dapat merangsang bayi untuk cepat dan mudah lahir. Ketika berjalan, ubahlah posisi badan anda supaya menegak dan tidak terlampau terkebelakang. Walaupun aktiviti ini mudah, murah dan berkesan, pilihlah tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini. Jangan pula berjalan di tengah jalanraya yang sedang sibuk, bahaya!

2. Birthing Balls.

Apa itu birthing balls? Aktiviti birthing balls adalah aktivti yang kebiasannya dilakukan dengan bimbingan tenaga pengajar, tetapi anda juga boleh mempraktiskannya di rumah dengan duduk pada bola yang lentur sambil menggerakkan tubuh anda. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantu bayi yang berada dalam kandungan untuk berada di posisi yang sepatutnya.

3. Jangan Cemas.

Mungkin ini kali pertama anda merasai pengalaman ini. Bak kata orang putih,

There’s always first time for everything.

Mungkin disebabkan itu anda merasa cemas, tertekan, teruja dan semua perasaan yang tiba-tiba datang tanpa keizinan anda. Tetapi beginilah, jangan dilayan perasaan-perasaan negatif yang datang dan berlegar-berlegar di minda anda. Abaikan semua perasaan itu dan rancanglah beberapa aktiviti bersama rakan-rakan atau ahli keluarga untuk mengelakkan fikiran anda berfikir perkara yang bukan-bukan.

4. Sertai Aktiviti Senaman Untuk Ibu Mengandung.

Di ibu kota pastinya aktiviti ini sudah terkenal terutamanya buat ibu-ibu yang bekerjaya. Kebiasaannya, aktiviti senaman ini dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Iyalah, ini bukan senaman untuk orang biasa, jadi ia perlu dibimbing oleh pakar yang mengetahui langkah-langkah yang sepatutnya diambil oleh si ibu yang sedang hamil. Aktiviti ini membantu meningkatkan aliran darah pada bayi, membantu kelancaran untuk si bayi turun meluncur ke bawah untuk melihat dunia dan juga membantu meningkatkan kontraksi rahim si ibu yang sedang hamil.

Bukan itu sahaja, dengan melakukan aktiviti ini anda akan bertemu lebih ramai rakan-rakan yang akan membuatkan anda gembira.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan yang lain tau!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 1,266 times, 1 visits today)