Category Archives: Berpantang

5 Tips Mengecilkan Perut Selepas Bersalin Secara Normal

beauty-1260992_1920

Wahai ibu-ibu, saya tahu bahkan sebelum anda membuka mulut untuk memberitahu saya sudah cukup mafhum bahawa anda sering melihat ke arah cermin membayangkan jika mungkin suatu hari nanti anda mampu memiliki bentuk badan seperti sebelum anda melahirkan anak dahulu. Kan?

Memang kebiasaannya begitulah. Wanita suka kan kecantikan, begitu juga lelaki! Fitrah manusia suka melihat dan memiliki perkara-perkara yang cantik di mata mereka. Dan kadangkala anda merasa mustahil untuk memiliki bentuk badan yang seperti dahulu. Pernahkah anda berfikir sedemikian?

Bertenang. InsyaAllah, anda masih boleh menjadi rupawan seperti dahulu (dan anda memang sentiasa cantik rupawan di mata suami dan keluarga). Cuma sahaja, anda memerlukan beberapa usaha untuk ke arah itu.

Berikut kami kongsikan 6 tips untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang anda ingini :

1. Menyusu

Hal pertama yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan kembali bentuk badan ideal seperti dahulu adalah dengan menyusu bayi anda. Tentu sahaja kami menyarankan aktiviti ini, kerana ia bukan sahaja membantu anda dalam proses untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang ideal (fakta : Menyusu membakar 5000 kalori setiap hari), tetapi juga memberikan manfaat yang sangat besar buat si bayi.

Anda sendiri sedia mafhum bahawa tiada susu yang sebaik susu ibu.

2. Makan Sikit Tetapi Kerap

Haaa, ini seperti yang selalu disarankan oleh pakar pemakanan dan penjagaan badan. Biasakanlah diri anda untuk makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi perbanyakkan aktiviti makan ini. Haha!

Betul, cara ini nampak seperti tidak berguna tetapi percayalah ianya sangat efektf jika anda ingin mengelakkan terjadinya penumpukan lemak serta kalori dalam tubuh anda.

3. Pilihlah Makanan Yang Betul

Sungguh, tiada rahsia untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang langsing. Ianya mestilah dimulakan daripada makanan itu sendiri. Pilihlah makanan-makanan yang bersifat rendah lemak dan rendah kalori. Tetapi sabar, jangan mengurangkan pengambilannya dengan sangat drastik, bertenanglah!

Bayi anda masih memerlukan nutrisi-nutrisi daripada pemakanan yang anda ambil. Jadi seimbangkanlah dengan keperluan mereka, dan impian kita. Tentu sahaja untuk idea ini, anda boleh meminta nasihat daripada mereka yang dekat dengan anda seperti suami atau ahli keluarga yang lain.

4. Minum Air Masak

Haaa, air masak atau air putih ini adalah air yang ajaib kan. Fungsi air masak adalah untuk membersihkan kembali semua organ dalam tubuh anda terutamanya pada bahagian saluran pencernaan anda daripada pelbagai jenis kotoran dan toksik.

Selain itu, dengan mengambil air masak yang cukup, ia dapat membantu tubuh anda dalam proses hidrasi sekaligus membantu proses pencernaan supaya berfungis dengan lebih bagus. Tentu sekali anda sudah tahu, bahawa air masak juga bukan sahaja dapat membantu dalam melangsingkan tubuh badan sahaja, tetapi pengambilan air masak yang cukup dapat membantu anda untuk kekal kelihatan muda!

Haa, dah kurus muda lagi tu.

5. Bersenam

Bersenamlah. Yang ringan-ringan pun tidak mengapa. Lakukan aktiviti kardio sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan jumlah masa yang diperuntukkan satu sesi sekurang-kurangnya 30 minit.

Aktiviti senaman ini menjadi lebih seronok jika anda lakukan bersama insan yang tersayang. Ajaklah suami anda untuk memberikan galakan buat anda.

Semoga bermanfaat!