Bayi Sering Terkejut Ketika Tidur, Bahayakah?

baby-22194_1920

Bayi, seringkali menjadi concern terbesar kita sebagai ibu bapa. Daripada sekecil-kecil perkara yang dilakukannya, sehinggalah sebesar-besar memori yang diciptanya, semuanya sedikit sebanyak membangkitkan kegusaran hati kita. Dan perihal bayi terkejut ini cuma salah satu daripada pelbagai lagi keadaan bayi yang membuatkan kita menyoal diri,

Betulkah cara saya menjaga anak?

Adakah anak saya sedang mengalami masalah yang tidak dihadapi oleh bayi lain?

Dan soalan-soalan berjenis seperti di atas seringkali menggusarkan hati kita. Tenang. *Tarik nafas, hembus*

Bayi mempunyai pelbagai cara untuk mengeksperesikan apa yang mereka rasakan. Sebahagian cara pengekspresian itu adalah normal dan kita juga tidak terlampau ambil berat tentang perkara itu kerana bayi lain juga membuat perkara yang serupa atau hampir serupa. Selain itu, bayi juga cenderung untuk bertindak balas dalam keadaan yang orang dewasa anggap tidak normal dan dibimbangi mengalami masalah, contohnya : ini.

Setiap manusia diciptakan Tuhan dengan unik. Justeru, banyak kejadiian yang berbeza antara satu bayi dengan bayi yang lain. Faham, kadangkala kita pelik dan bertanya, kenapa bayi saya tidak bereaksi seperti bayi itu? Kenapa cara bayi itu bereaksi lain daripada bayi saya? Anda memang sewajarnya bertanya soalan itu, tentu sekali persoalan itu memberati pundak pengetahuan anda sekian lamanya. Tetapi janganlah cemas, bertenang.

Perkongsian kami kali ini cuma melibatkan keadaan bayi semasa tidur. Kerana saya percaya, perkara ini sering terjadi kepada bayi-bayi dan juga selalu menjadi persoalan yang sangat besar buat si ibu dan ayah terutama yang pertama kali menimang cahaya mata.

Pernahkah bayi anda tiba-tiba terkejut ketika sedang nyenyak tidur? Walhal tidak ada suara atau bunyi pun ketika itu, adakah perkara ini normal untuk seorang bayi?

Seorang bayi yang terkejut ketika tidur adalah perkara yang sangat normal lebih-lebih lagi ketika mereka berusia 5 bulan dan kebawah. Memanglah wajar untuk si bayi terkejut dengan bunyi-bunyian serta suara yang asing yang belum pernah mereka dengar sebelum ini. Kan?

Keadaan yang terjadi pada bayi yang baru lahir ini dinamakan sebagai refleks primitif yang merupakan salah satu daripada bahagian atau proses pengadaptasian si bayi dalam dunianya yang baru. Refleks yang terhasil ini juga dikenali sebagai refleks moro yang bukan sahaja tidak membahayakan, tetapi membantu bayi untuk beradaptasi dengan keadaan sekelilingnya.

Seharusnya anda tidak perlu khuatir dengan apa yang terjadi kepada anak anda ini. Kerana, dengan refleks ini juga sebenarnya membuktikan bahawa sistem pendengaran anak anda berfungsi dengan baik.

Dan refleks moro ini perlahan-lahan akan hilang. Pada usia 34 minggu secara spesifiknya, refleks moro ini telah mencapai titik sempurna dalam proses refleks moro. Maka, selepas itu, insyaallah tidak akan ada lagi bayi terkejut ketika sedang nyenyak tidur.

Tetapi, jika bayi anda sudah berusia lebih daripada 6 bulan dan masih mengalami perkara ini, bawalah dia untuk bertemu doktor dan dapatkan nasihat daripada yang pakar.

 

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lupa kongsikan!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 16,569 times, 18 visits today)