Pilih Baju Berdasarkan Panduan Ini, Ibu Hamil Pasti Tampak Langsing!

langsing-ibu-hamilSetiap ibu yang mengandung pasti akan mengalami perubahan fizikal, iaitu badannya akan makin membesar dan paling ketara pada bahagian perut. Sudah tentu kerana saiz bayi yang semakin membesar. Pakaian harian biasa sudah tentu tidak sesuai dipakai ketika mengandung.

Pada trimester pertama, tidak banyak perubahan yang perlu dilakukan. Waktu itu mungkin ibu pun belum tahu bahawa ibu sedang mengandung. Cuma mungkin perlu melonggarkan sedikit bahagian pinggang seluar atau skirt. Namun apabila kandungan memasuki bulan ke-5 dan seterusnya, baju-baju dalam almari mungkin perlu ditukar ke saiz yang lebih besar.

Formulanya mudah sahaja, ibu hanya perlu menaiktaraf kepada 1 saiz yang lebih besar. Contohnya jika ibu pakai baju saiz S, tukarlah kepada saiz M dan begitu juga jika pakaian ibu bersaiz M, pilihlah pakaian bersaiz L.

Namun, kadangkala pemilihan pakaian sedikit tidak sesuai dengan ibu mengandung kerana perut yang sudah memboyot. Ada orang kata seksi perut buncit begitu. Terserahlah kepada ibu sendiri, namun OhsemMama kongsikan beberapa tips untuk membeli pakaian hamil supaya kehamilan tidak terlalu menonjol.

1. Pilih pakaian berwarna gelap

Warna gelap membuatkan seseorang nampak lebih langsing. Tidak perlu jadi pakar pun untuk tahu semua ini. Tetapi hitam, biru navy dan coklat gelap membuatkan orang yang memandang nampak badan anda langsing dan mengurangkan sebahagian besar benjolan-benjolan pada badan anda dan memberi anda penampilan keseluruhan yang lebih kecil.

2. Pakaian 1 tona sahaja

Baju satu tona juga menampakkan badan anda lebih langsing dan tinggi kerana jika baju ibu terdapat banyak tona warna, orang akan lebih menumpu di tempat berlakunya perubahan tona warna itu dan menampakkan ibu lebih pendek dan gemuk.

3. Pilih pakaian dengan garisan menegak

Pakaian dengan garisan menegak mendorong mata kita untuk melihat atas ke bawah sekaligus menyebabkan kita akan kelihatan lebih tinggi dan langsing. Manakala garisan melintang pula menyebabkan mata melihat dari sisi ke sisi dan menyebabkan kita kelihatan lebar, yang mana sangat-sangat perlu untuk dielakkan. Jadi cuba elakkan mana-mana pakaian dengan jalur melintang dan pilihlah pakaian dengan jalur menegak, zip menegak, jahitan menegak dan susunan butang yang menegak.

4. Elakkan baju yang bersaiz terlalu besar

Walaupun memang tujuan asal ibu inginkan baju yang lebih longgar, namun pastikan ibu pilih pakaain yang betuk-betul muat dan terletak di bahu. Baju yang menggelebeh di bahu bukan sahaja tidak selesa malahan menyebabkan ibu kelihatan selekeh dan besar.

Pakaikan yang terlalu besar juga sebenarnya lebih menyebabkan kandungan menonjol dan menampakkan ibu lebih gemuk. Sebaliknya pilih pakaian yang sedikit ketat yang menampakkan ibu lebih kurus.

Bagaimanapun, pemilihan pakaian adalah mengikut keselesaan ibu dan OhsemMama hanya memberikan panduan sahaja. Yang penting, untuk ibu-ibu yang muslim, mesti tutup aurat ya 🙂

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 721 times, 1 visits today)