Author Archives: Fahmi Raazali

7 Tanda Anda Seorang Ibu Yang Hebat. Ibu Kesayangan Anak Dan Suami.

IMG_0532Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Banyak cabarannya.

Sebagai orang anak, hargai dan sayangi ibu (dan bapa) sementara mereka masih bernyawa. Ibu hanya ada satu.

Mari kita lihat kehebatan seorang ibu.

1# Pendengar Setia

Seorang ibu sememangnya seorang yang hebat. Ini kerana ibu perlu banyak berkorban masa dan juga tenaga. Ibu yang hebat juga akan sentiasa ada di sisi dan sentiasa menjadi seorang pendengar yang setia kepada anak-anak serta suami tersayang.

2# Luang Masa Bersama Keluarga

Seorang ibu yang hebat akan sentiasa cuba untuk meluangkan masa untuk keluarga. Bukan itu sahaja, malah ibu akan memastikan setiap ahli keluarga mempunyai masa untuk duduk bersama-sama supaya ikatan kekeluargaan terus terjalin.

3# Sentiasa Ada Saat Diperlukan

Seorang ibu yang hebat akan sentiasa ada bila saat diperlukan. Ibu sentiasa akan berada disisi. Ibu akan memberikan kepercayaan dan juga sokongan sepenuhnya. Lebih-lebih lagi pada saat keluarga sedang menghadapi masa sukar. Ibu akan tetap bertahan dan terus memberi sokongan.

4# Menegur Kesilapan Dan Kesalahan

Seorang ibu pasti akan menyokong dan menyebelahi anak-anak dan keluarganya. Tetapi ibu yang hebat tahu apa yang perlu dilakukan apabila anak-anak melakukan kesilapan. Ibu akan menegur kesilapan dan kesalahan anaknya dan mengajar anaknya tentang erti tanggungjawab

5# Sentiasa Bimbang Tentang Anak

Walaupun ibu telah memberikan pendidikan dan segala yang terbaik kepada anaknya. Walaupun ibu tahu anaknya sudah boleh hidup berdikari. Sebagai seorang ibu yang hebat, mereka masih bimbang tentang anaknya. Anda mungkin sudah berkeluarga. Dimata ibu anda tetap anak kecilnya.

6# Kasih Sayang Tanpa Syarat

Seorang ibu memang seorang insan yang hebat. Ibu tidak memerlukan apa-apa balasan di atas kasih sayang dan perhatian yang diberikan kepada anak-anaknya. Ibu yang hebat memberikan kasih sayang tulus dari hati nuraninya sebagai seorang ibu. Ya, kasih sayang tanpa syarat.

7# Mengerti Keutamaan Seorang Ibu

Setiap insan yang bernama ibu pasti mahu menjadi kawan baik kepada anak-anaknya. Anak-anak boleh cerita apa sahaja dengannya. Tetapi ibu yang hebat tahu, ada masa dan ketikanya, dia perlu menjadi seorang ibu dahulu sebelum menjadi kawan. Walaupun sebenarnya ia berat untuk dilakukan.

Sempena musim cuti sekolah ini. Ibu boleh cuba bawa anak membuat aktiviti di luar rumah. Luangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Cuba bawa anak ke acara “Finding Dory” yang akan berlangsung dari 27 May – 19 Jun 2016 di Sunway Pyramid.