Author Archives: Azumi

Hati-Hati! Ibu Mengandung Perlu Tahu Aktiviti Yang Sesuai

Anda seorang yang aktif semasa bujang. Anda berjoging dan menyertai pelbagai aktiviti fizikal semasa baru berkahwin bersama suami. Namun setelah beberapa ketika anda disahkan hamil.

Jadi adakah selama 9 bulan anda harus “berpuasa” daripada melakukan aktiviti kegemaran anda kerana keadaan tubuh badan anda itu?

Adakah anda akan memiliki peluang untuk melaksanakan aktiviti yang memberi kesan positif pada tubuh badan anda setelah anda memiliki si comel nanti?

Antara aktiviti yang anda boleh kekal lakukan selepas anda disahkan hamil adalah seperti aktiviti fizikal harian normal anda seperti berjalan ke tempat kerja, membuat kerja-kerja rumah.

Selain itu, anda masih boleh lakukan aktiviti rekreasi yang tidak ekstrem seperti menghadiri kelas menari atau berjalan di kawasan taman perumahan anda untuk mengeluarkan peluh.

Anda juga boleh lagi ke gym seperti biasa, tetapi pilihlah aktiviti yang tidak terlampau berat seperti berjalan di atas treadmill atau senaman lengan.

Bersenam seperti biasa dan juga aktiviti bersukan yang lain seperti berenang dan bermain badminton masih boleh dilakukan. Apa sahaja aktiviti sebelum anda mengandung dibolehkan.

Anda yang memang mengamalkan gaya hidup yang aktif tidak harus menghadkan gaya hidup sihat ini semata-mata kerana anda hamil. Cuma bataskan kepada aktiviti yang semi-aktif.

Apakah kebaikan untuk kekal aktif sepanjang tempoh kehamilan?

Tahukah anda sekiranya anda terus kekal aktif ketika mengandung anda mendapat kelebihan seperti berikut :

1) Menjadikan anda kekal aktif dan sihat. Dengan ini anda mampu mengawal berat badan anda semasa hamil dan mampu mengurangkan berat badan dengan cepat selepas bersalin nanti. 

2) Bersenam menyebabkan risiko yang rendah untuk mendapat bengkak kaki dan urat. Ini juga membantu mengurangkan stress dan masalah depresi.

3) Selalunya apabila anda bersalin anak kedua dan seterusnya, risiko untuk menghidap diabetes dan darah tinggi ketika hamil adalah sangat tinggi. Gaya hidup yang sihat mampu mengelakkannya.

4) Perkara yang paling kerap terjadi pada ibu hamil adalah sakit di belakang namun senaman mampu mengurangkan potensi anda untuk mendapatkannya.

5) Senaman yang konsisten akan memudahkan proses bersalin. Kekalkan gaya hidup sihat selepas bersalin untuk mengelakkan penyakit selepas bersalin. (seperti darah tinggi, diabetes, ostreporosis)