Kekurangan GPD6 – Adakah Anak Anda Tergolong? Semak Di Sini

Anak-anak kita berpotensi terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Antara yang paling biasa ibu bapa dengar adalah seperti diseleksia, autisma dan talesemia. Ada antara penyakit ini hanya melibatkan masalah pembelajaran kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ada juga yang melibatkan masalah dalaman. Contoh seperti apa? Talesemia dan kekurangan G6PD.

Apa itu GPD6

G6PD atau Glucose-6-Phosphate-Dehydrogenate adalah satu enzim yang sangat penting bagi memastikan jangka hayat normal sel darah merah yang ada dalam badan kita. Ia juga membantu proses pengoksidaan. Glukos dari enzim G6PD membantu untuk menukarkan karbohidrat kepada tenaga. Ia juga melindungi sel darah merah daripada hasil produk yang boleh merbahayakan semasa kita mengambil ubat-ubatan yang tertentu ataupun semasa badan kita bertindak melawan penyakit.

KACANG PARANG

Individu atau kanak-kanak yang mengalami kekurangan enzim G6PD mempunyai sel darah merah yang boleh terhapus secara tiba-tiba dan boleh mendorong kepada anemia hemolitik. Biasanya ianya boleh berlaku akibat dari pengambilan ubat-ubat atau makanan tertentu seperti kacang parang.

Kebiasaannya individu yang terkena penyakit ini tidak mempunyai tanda-tanda awal atau simptom yang tertentu. Namun ada juga individu yang menunjukkan simptom setelah penghapusan sel darah merah berlaku.

Simptom kekurangan enzim G6PD

Antara beberapa simptom yang boleh ditunjukkan oleh individu yang menhidap kekuranga G6PD ini ialah:

  • Perubahan suhu badan secara mendadak dan kulit kelihatan kekuningan
  • Air kencing berwarna kuning keorenan
  • Berasa letih dan lesu
  • Bernafas dengan cepat
  • Denyutan nadi yang lemah

Bagaimana penyakit kekurangam G6PD merebak

G6PD merupakan satu penyakit keturunan atau penyakit genetik yang biasanya dibawa oleh kromosom X. Umum tahu kromosom X dibawa oleh ibu. Secara ringkasnya penyakit ini merebak seperti digambarkan dalam rajah di bawah.

genealogy2

Kesan kekurangan G6PD

Pesakit dengan kekurangan enzim G6PD ini boleh hidup normal seperti individu lain. Tetapi mereka perlu menjaga pemakanan dan pengambilan ubat-ubat yang tertentu supaya penyakit nya tidak menjadi serius. Oleh itu, amat penting bagi ibu bapa untuk mengetahui status G6PD anak-anak anda. Adakah mereka juga tergolong dalam penyakit ini. Jadi dapatlah kita mengawal pemakanan mereka dan boleh mengingatkan kepada orang sekeliling mengenai penyakit tersebut. Terutamanya kepada para doktor dan pediatrician.

Rawatan G6PD

Langkah yang paling baik untuk merawat kekurangan enzim G6PD ialah dengan mengawal pemakanan dan mengelakkan dari pengambilan ubat-ubt yang dilarang. Jika penyakit sampai ke peringkat anemia hemolitik, mungkin pemindahan darah terpaksa dilakukan.

Nasihat untuk para ibu bapa daripada OhsemMama adalah sentiasa perhatikan anak-anak anda. Adakah mereka mengalami simptom-simptom yang pelik? Adakah anda rasa mereka menghadapi kekurangan GPD6? Segeralah bawa mereka berjumpa dengan pakar kanak-kanak.

Kredit gambar: PinoyKidMd

Shares