Amalan Yang Sangat Baik Disarankan Untuk Ibu Hamil – Menurut Islam!

Berbual-bual dengan kandungan

Bercakap dengan bayi di dalam kandungan membantu menjalin ikatan yang mesra. Contoh situasi yang anda boleh praktikkan; apabila merasakan perut ditendang-tendang, sentuh perut dan berkata “Ya sayang. Ibu ada di sini”

Buat kerja-kerja ringan

Hamil bukan bermakna anda duduk diam sahaja dan tidak boleh melakukan apa-apa. Laksanakan kerja yang mudah dan tidak berat seperti mencuci pingan, menyapu sampah di dalam rumah. Selain dapat dijadikan senaman, ia juga mempermudahkan proses kelahiran.

Baca bahan ilmiah

Jika sebelum mengandung anda banyak sangat baca buku yang tiada faedahnya, apa kata lakukan perubahan. Perbanyakkan bahan bacaan seperti kisah para nabi, kisah para sahabat dan yang lain menjurus kepada keagamaan.

Pakaian menutup aurat

Batas-batas aurat haruslah dijaga sepanjang masa termasuk sewaktu hamil. Jika diikutkan sekarang, banyak pilihan pakaian muslimah untuk wanita hamil. Cuma tinggal pilih dan bayar sahaja.

Jaga pemakanan

Pastikan makanan yang anda pilih adalah yang baik-baik dan dijamin halal. Duit membelinya juga haruslah dari sumber yang sah di sisi Islam!

Adab terhadap suami

Sedia maklum sewaktu mengandung, memang rasa penat. Memang rasa mudah sahaja mahu naik angin. Jaga emosi serta adab di hadapan suami. Jangan main lepas sahaja.

Rajin……

Rajin menghadirkan diri ke majlis ilmu
Rajin puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis
Rajin solat sunat dan tidak meninggalkan solat 5 waktu
Rajin membaca Al-Quran
Rajin berzikir kepada Allah
Rajin mengukirkan senyuman
Rajin berdoa semoga Allah melindungi anak di dalam kandungan

Mahu tahu lagi amalan lain untuk ibu mengandung menurut Islam? Boleh lihat video Ustazah Siti Nor Bahyah di bawah:

Diharapkan selepas membaca artikel ini, anda berazam untuk terus mengamalkan tips-tips di atas. Ohsemmama doakan agar bayi yang anda bakal lahirkan taat kepada kedua ibu bapanya serta menjadi khalifah di bumi Allah 🙂

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 3,187 times, 1 visits today)