Aktiviti Menyusu Membantu Menurunkan Berat Badan. Betul Ke?

blue-69762_1280

Uhh, saya tahu disebalik kegembiraan menerima cahaya mata, si ibu pasti merasa risau jika tidak banyak pun sedikit pasti ada terlintas dan kadangkala membekas di hati, habislah aku gemuk selepas ini! 9 bulan mengandungkan nyawa lain di dalam rahim adalah suatu kesenangan dan kebahagiaan, tetapi adakah anda bakal mendapatkan kembali bentuk badan anda yang dahulu?

Ya, boleh!

Terkejut kan?

Sebenarnya aktiviti menyusukan bayi ini dapat membakar kalori si ibu lebih daripada 600 kCal sehari. Maksudnya apa? Maksudnya dalam masa lebih kurang 13 hari, sepatutnya anda boleh mengurangkan 1KG daripada berat badan anda. Uish, hebat betul.

Tetapi kalau anda rasakan yang itu tidak cukup, kami ada cadangan yang lebih baik untuk anda. Lakukan perkara-perkara ini.

1. Jaga Corak Pemakanan
Pengurangan berat badan sepanjang tempoh menyusukan bayi adalah sesuatu yang pasti! Dalam memastikan kejayaan ini, anda hanya perlu mengekalkan diet yang sihat agar anda dan bayi memperoleh zat makanan yang diperlukan.

Cara terbaik ialah dengan ambil hanya sedikit kalori dengan mengurangkan amaun “tambahan” yang biasa diambil.

Apa yang dimaksudkan ialah gula tambahan dan lemak tepu yang biasanya terkandung di dalam makanan seperti manisan, masakan bergoreng, keju, susu penuh krim dan daging berlemak. Sebagai alternatif, gantikan jenis-jenis makanan ini dengan pilihan rendah lemak, bebas lemak, kurang manis dan tanpa gula tambahan.

2. Senaman
Ada pendapat menyatakan sesetengah jenis senaman boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Merujuk kepada kenyataan Kumpulan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Antarabangsa La Leche League, setakat ini tiada data kajian yang membuktikan pandangan berkenaan.

Faktanya, kajian yang pernah dilakukan oleh C.A Lovelady pada 1990 mendapati ramai wanita yang melakukan senaman secara tetap mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Oleh yang demikian, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin. Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu terutamanya bagi anda yang melahirkan bayi secara caesarean. Dengan cara ini, anda dapat menyingkirkan lemak dan pada masa yang meningkatkan tahap metabolisme dan tenaga tubuh.

3. Diet
Pakar laktasi menyarankan anda untuk memulakan rutin berdiet hanya selepas 2 bulan menyusukan bayi. Ini bagi memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil. Selepas tempoh itu, anda boleh mengurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. Usah khuatir, pengurangan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi. Menurut kenyataan La Leche League, anda boleh mengurangkan kira-kira 0.7 kg seminggu sepanjang menyusukan bayi tanpa kesan merbahaya.

Untuk makluman, kekurangan zat makanan tidak akan menjejaskan kualiti dan amaun susu ibu tetapi ia memudaratkan tahap kesihatan diri anda. Walaupun begitu, anda tidak perlu melakukan diet melampau kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada diri anda dan bayi juga.

4. Buat pertimbangan
Beringatlah! Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas berpotensi memudaratkan bayi. Ketahuilah, toksin dan racun perosak boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu.

Lebih daripada itu, ia mungkin boleh dilepaskan ke dalam susu ibu. Jadi, diet melampau sememangnya boleh menyingkirkan lemak di tubuh anda tetapi dalam masa yang sama menghapuskan zat makanan berharga di dalam susu ibu.

5. Pandangan Pakar
Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga usia bayi mencecah 6 bulan. Memandangkan penyusuan susu ibu membantu melenyapkan lemak yang ada. Oleh yang demikian, sentiasa dapatkan pandangan daripada mereka yang pakar sebelum memulakan apa jua jenis program pengurangan berat badan.

Semoga bermanfaat kawan-kawan mama yang ohsem sekalian. XOXO.

Artikel ini telah disunting daripada artikel asal yang bertajuk : Simpanan Lemak Ibu Boleh ‘Dibakar’ Dengan Menyusukan Bayi!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 489 times, 1 visits today)