Akibat Makan Anggur Ketika Hamil, Ibu Ini Rasa Kesal!

ibuhamil

“Jangan makan anggur. Tidak baik untuk kandungan!”

Pesanan ini anda pasti pernah dengar sekiranya anda merupakan seorang ibu yang tengah hamil.

Pada asalnya saya tidak percaya dengan larangan ini kerana mengangapnya sebagai mitos semata-mata. Namun selepas melakukan pembacaan dan kajian, bahan yang terkandung di dalam buah anggur sebenarnya mempunyai kesan yang tidak baik terhadap ibu mengandung.

Cirit-birit

Memakan buah anggur boleh menyumbang kepada penyakit cirit-birit. Seperti yang kita semua tahu, kondisi ini boleh meletakkan ibu hamil dalam keadaan merbahaya. Ketika cirit-birit, cecair dalam tubuh akan menurun secara mendadak. Kesannya, bayi di dalam kandungan boleh mengalami defisit air dan lebih teruk, ibu bersama bayi boleh turut lemas.

Mengandungi Asid

Anggur memiliki tahap asid yang tinggi bergantung kepada rasa masamnya. Semakin masam rasa buah anggur itu, semakin tinggi  paras asid di dalamnya. Jika dihadam boleh menyebabkan kembung perut, berasa mual sehingga membawa kepada muntah.

Keracunan

Keracunan merupakan antara perkara yang paling ditakuti oleh ibu-ibu yang sedang hamil. Apakah kandungan dalam buah anggur yang boleh mendatangkan musibah ini? Jawapannya adalah Resveratrol. Bahan ini berpotensi meracuni kandungan dan menyebabkan hormon di dalam tubuh badan berada pada paras yang tidak seimbang.

tumblr_inline_myz59rEjFS1ryfz9u

Anda hamil dan baru sahaja lepas makan anggur? Jangan risau. Pakar kesihatan menekankan yang jika anggur diambil dengan kuantiti yang banyak sahaja boleh menyebabkan keracunan. Tetapi lebih baik para ibu hamil sentiasa berwaspada.

“Prepare for the worst”

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 10,838 times, 6 visits today)