Sentuhan Bayi Ini Menghidupkan Semula Ibunya Yang Telah Meninggal Dunia

b2

Apabila seorang ibu hamil masuk ke dalam bilik bersalin, perkara yang terakhir sekali yang mereka mahukan (bukan mahu tetapi terpaksa!) adalah untuk membenarkan diri mereka dibedah. Semua ibu mahu melahirkan anak mereka secara normal, tetapi kawan, tidak semua yang bernasib baik. Dan ini kisah Shelly Cawley.

Selepas bersedia mental dan fizikal untuk melahirkan anaknya secara semulajadi, tiba-tiba mereka keadaan berubah 180 darjah. Doktor memutuskan supaya pembedahan dilakukan keatasnya disebabkan beberapa komplikasi yang tidak dapat dielakkan.

Anaknya – Rylan, berjaya dilahirkan dengan selamat dan sihat. Berbeza dengan ibunya apabila salah satu salur darah penting dalam tubuh Shelly tersumbat akibat pembedahan itu. Dan dia tidak menyedarkan diri untuk beberapa ketika.

Jeremy, suami kepada Shelly menggambarkan momen itu sebagai mimpi ngerinya,

Saya tahu, para doktor telah melakukan sedaya upaya mereka untuk menyelamatkan kedua-duanya. Pada ketika ini mereka sudah memastikan bahawa Shelly tidak dapat diselamatkan. Sukar dipercyai apabila kita sedang teruja menimang cahaya mata…dan beberapa ketika kita terpaksa mengucapkan kata perpisahan kepada isteri yang tercinta, selamanya. Saya seperti orang bodoh ketika itu.

Jururawat ketika itu – Ashley Manus mengungkapkan idea yang sungguh bijak,

Kita tahu sentuhan kulit antara ibu dan bayi yang baru lahir sangat membantu bayi – jadi mengapa tidak kita menggunakan kesempatan ini?

Kemudian mereka meletakkan bayi yang baru lahir itu ke atas tubuh Shelly, berharap kepada keajaiban Tuhan. Jururawat itu berkata lagi,

Saya berharap bahawa Shelly masih disitu (belum meninggal dunia), jadi dia dapat merasa degup jantung bayinya, dan dengan itu akan membangkitkan naluri keibuannya untuk mencelikkan mata.

Bayi itu kemudian tertidur diatas ibunya.

“Kami menggeletek bayi itu (untuk mengejutkannya daripada tidur), 10 minit kemudian dia menangis.”

Dan tanpa disangka-sangka, keajaiban berlaku, dihadapan mata para doktor yang mengesahkan kematian Shelly.

Kami semua menjadi saksi bahawa monitor yang memaparkan degupan jantung itu hidup kembali! Jeritan dan tangisan anaknya telah membawa Shelly kembali untuk melawan kesakitannya. Isteri saya telah kembali!

Jeremy mengungkap dengan penuh emosi.

Seminggu selepas kejadian ‘mimpi ngeri’ ini berlaku, Shelly bangun dan kembali menjadi ibu yang normal seperti perkara itu tidak pun pernah terjadi. Akhirnya dia dapat memeluk dan memegang Rylan – bayinya yang comel itu!

Saya merenung dalam-dalam ke wajah Rylan dan berfikir bahawa dialah bayi yang paling cantik dalam dunia. Saya tahu, semua ibu berfikir perkara yang serupa, tetapi kami mempunyai hubungan yang lebih istimewa selepas kejadian itu berlaku.

b5

Tahun ini, Rylan menginjak usia 1 tahun.

Tahun lalu saya berjuang untuk kehidupan saya dan tahun ini saya telah mempunyai seorang anak hebat yang berumur 1 tahun. Apabila dia sudah besar, saya akan beritahu kepadanya bahawa dia telah menyelamatkan hidup saya.

Ahhhh. Ini mungkin kisah yang paling menarik yang anda baca hari ini. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan yang lain ya.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 748 times, 1 visits today)