9 Tips Ini Boleh Selamatkan Nyawa Bayi Anda. Elakkan ‘Sudden Infant Death Syndrome’!

Kredit foto: thehealthcoach1.com

Kredit foto: thehealthcoach1.com

Mengikut satu kajian yang dijalankan sekumpulan saintis tentang “sleeping habit” mendapati 87% ibu bapa di Asia memilih untuk tidur sekatil dengan anak khasnya yang berusia di bawah 2 tahun. Pengamal kaedah keibubapaan alami menegaskan tidur sekatil atau lebih dikenali sebagai “co-sleeping” mengeratkan hubungan antara bayi dan ibubapa.

Namun begitu, anda perlu tahu tentang risiko “Sudden Infant Death Sydrome (SIDS)” dikalangan bayi yang berpunca dari perkongsian katil dengan ibubapa atau penjaga. Di sini, kami kongsikan 9 perkara yang perlu ibu bapa pastikan sebelum mengambil keputusan untuk tidur bersama bayi anda.

  1. Bayi tidak perlukan bantal sehingga berusia sekurang-kurangnya 1 tahun.
  2. Bayi perlu tidur melentang. Jangan letakkan bayi secara meniarap apabila bayi tidur di atas katil yang sama dengan ibubapa.
  3. Bayi diselimutkan menggunakan selimut, bukan duvet.
  4. Ibu yang berambut panjang mestilah mengikat rambut untuk elakkan bayi terjerut.
  5. Kedua ibu dan bapa mestilah bersetuju menerima bayi berkongsi katil.
  6. Kedua ibu dan bapa (atau sesiapa yang tidur bersama) mestilah sedar tentang kehadiran bayi di atas katil.
  7. Elakkan berkongsi katil bersama anak-anak lain jika anda mempunyai bayi di bawah usia 1 tahun yang tidur bersama.
  8. Pastikan tiada risiko bayi terjatuh dari katil.
  9. Ibubapa/penjaga yang mengalami masalah obesiti yang serius hingga menyebabkan tidak dapat mengagak/merasai kehadiran bayi tidak dibenarkan tidur bersama bayi berumur kurang dari setahun.

 

Pastikan 9 perkara ini sebelum anda tidur bersama bayi ye ibu..

Shares