8 Kebiasaan Yang DIHARAMKAN Ketika Mengandung! #6 Serius Baru Tahu!

owl-947735_1280

Orang tua-tua yang lebih banyak makan garam daripada kita selalu berpesan, ketika hamil jaga pemakanan supaya anak yang lahir nanti sihat dan sempurna dengan izin Allah. Tetapi sayang sekali, arus pemodenan telah menyebabkan pesan-pesan atau pantang-larang yang sekian lama atuk nenek kita amalkan dipandang kolot, gaya budak kampung. Tetapi percayalah, ada benarnya kata mereka.

Berikut perkongsian yang kami olah kembali daripada artikel asal yang bertajuk 8 Makanan Yang Dilarang Untuk Ibu Hamil.

1. Alkohol

Alkohol sangat penting untuk dijauhi terutamanya ketika anda hamil. Bagi umat Islam, sememangnya kita diharamkan untuk meminum minuman yang beralkohol. Namun ada segelintir orang yang bukan Islam yang meminum minuman beralkohol di kelab-­kelab malam ketika hamil. Ada juga beberapa pasangan yang menyimpan ‘stok’ di dalam peti ais. Ingat, pengambilan alkohol oleh ibu hamil akan mengundang kecacatan fizikal dan mental pada bayi. Pembuangan alkohol oleh badan sangat lambat prosesnya. Lagipun, air masak kan lagi sedap!

2. Rokok

Apa perasaan anda apabila melihat ibu mengandung yang merokok? Mesti rasa marah? Rasa nak ‘sekolahkan’ dia? Tahniah jika anda ada perasaan sebegitu. Namun ada ibu mengandung yang hanya pentingkan keseronokan diri sendiri. Alasan tekanan adalah alasan yang sangat popular tapi kedengaran seperti satu alasan yang bodoh. Merokok semasa mengandung selalunya mengakibatkan kelahiran bayi yang tidak cukup bulan, terbantut pertumbuhannya dan berat badan yang rendah. Kes-­kes kematian mengejut atau ‘sudden death’ yang berlaku pada bayi juga selalu dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain itu, masalah keguguran juga lebih kerap berlaku pada ibu yang merokok.

3. Minuman berkafein

Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko, minuman bergas, coklat dan lain-­lain dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal. Ini termasuk bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain itu, kafein juga akan merosakkan kandungan kalsium tulang ibu mengandung.

4. Pil dan ubat-­ubatan

Selalu kita dengar, “Kalau mengandung, boleh makan Panadol ke tak eh?”. Untuk jawapan sebegini, sila rujuk doktor untuk penerangan yang lebih konkrit. Perlu diingat, ada uba-t­ubatan yang mendatangkan mudarat kepada bayi jika diambil oleh ibu hamil. Sekali lagi diingatkan, sila rujuk kepada doktor sakit puan atau ahli farmasi anda sebelum mengambil ubat-­ubatan terutamanya pada fasa awal kehamilan.

5. Gula

Orang yang sihat pun dilarang mengambil gula secara berlebihan, apatah lagi ibu mengandung. Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar daripada saiz sepatutnya. Tak dapat dibayangkan betapa sakitnya bila mahu melahirkan bayi yang besar. Mesti sakit!

6. Vitamin A

Pengambilan vitamin A adalah dilarang semasa hamil kerana ia didapati boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan. Adalah lebih selamat sekiranya wanita hamil mengambil beta caroten seperti karot dan sebagainya. Beta caroten ini akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan bila sahaja badan memerlukan vitamin A.

7. Raksa (Mercury)

Semasa di sekolah menengah dahulu, mungkin kita pernah nampak raksa. Kita akan terfikir, “Eh, ada ke ibu mengandung yang makan raksa tu?” atau mungkin lebih parah, kita membayangkan raksasa jahat dalam kartun Ultraman! Oh, bukan dalam bentuk sebegitu. Dalam konteks ini, ia adalah raksa yang didapati dalam kuantiti yang tinggi dalam makanan laut seperti ‘shark­fin’, tunadan ikan­-ikan besar yang lain. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.

8. Makanan mentah atau tidak cukup masak

Jangan makan makanan mentah! Jangan makan daging mentah. Jangan makan susu mentah. Jangan makan telur mentah. Ia adalah sangat merbahaya. Pengambilan makanan mentah yang tidak cukup masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk. Ada sejenis penyakit yang boleh menyebabkan parasit yang didapati dalam daging mentah merebak dalam badan ibu mengandung. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intra­uterine yang serius pada bayi. Parasit in juga didapati di dalam sayur­-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih.

Kesimpulannya, jagalah pemakanan anda terutamanya ketika fasa-fasa awal kehamilan. Semoga mendapat bayi yang sihat, sempurna dan comel! Nanti hantarkan gambar ke Facebook Page kami ya : OhsemMama.Com.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 3,570 times, 1 visits today)