8 Cara Putihkan Semula Baju Sekolah Yang Semakin Kusam. Senyum!

Foto Kredit: thecloakroom.com

Foto Kredit: thecloakroom.com

Haaa, ingat ini baik-baik. Apabila kita berpakaian kemas, secara tidak langsung ia akan memeri aura positif kepada diri kita. Baik daripada keyakinan diri, sehinggalah kepada melakukan tugasan dan fokus dengan aktiviti sepanjang hari itu. Betul, ini tidak tipu.

Untuk kita, memanglah kita seharian duduk di pejabat. Dan tentu sekali kita menggosok baju dengan penuh kesabaran, membersihkan pakaian sehingga tiada langsung cela yang kelihatan.

Tetapi macam mana dengan anak-anak kita?

Apa terjadi kepada baju sekolah yang mereka pakai sekian lamanya? Kotorkah ia? Tergosokkah ia? Semakin kuningkah ia?

Saya yakin ramai dalam kalangan ibubapa turut sama memastikan yang terbaik untuk anak mereka. Jadi baju sekolah memang kebiasannya bersiah dan tergosok. Tetapi ada satu masalah, bagaimana dengan baju putih yang kelihatan kusam itu? Bagaimana untuk memutihkannya kembali?

Ini caranya.

8 Petua Putihkan Baju Sekolah Yang Makin Kusam

Tapi sebenarnya ada cara untuk anda kekalkan warna putih pada pakaian mereka.

1. Asingkan Daripada Pakaian Lain

Elak cuci baju putih dengan pakaian berwarna gelap, tuala dan cadar kerana ia boleh mempengaruhi pakaian berwarna putih.

Akibatnya baju putih nampak seperti kusam.

2. Asing Ikut Material

Meskipun sudah diasingkan yang berwarna putih, sekali lagi perlu pastikan setiap pakaian diasingkan mengikut material iaitu:

  • Acetates boleh digabung bersama acrylics
  • Linen boleh dibasuh bersama kain kapas
  • Wool tidak boleh bercampur dengan mana-mana material
  • Delicate perlu dicuci tangan

3. Rendam Dalam Air Suam

Periksa dulu label baju sama ada boleh dicuci dengan air panas.

Jika boleh, rendam baju putih dalam air suam kerana ia sebenarnya ‘setting’ terbaik untuk pakaian berwarna putih.

Kemudian baru cuci dengan sabun seperti biasa.

4. Guna Jus Lemon Atau Cuka

Jika anda kurang berminat guna agen pemutih yang ada di pasar raya, boleh gantikannya dengan bahan semula jadi seperti jus lemon, cuka putih (1 cawan) atau hydrogen peroxide (3%). Bahan ini menjadikan pakaian putih kembali putih.

Caranya: Tuang ½ cawan jus lemon ke dalam mesin basuh/baldi. Kemudian jemur di bawah cahaya matahari kerana sinaran ultraviolet membantu mengembalikan warna putih pada pakaian

5. Periksa Mesin Basuh

Pastikan mesin basuh bersih daripada saki baki kotoran yang terhasil daripada mencuci pakaian terdahulu.

Saki baki ini mudah melekat pada pakaian putih.

6. Elak Cuci Dengan Air Sejuk

Kalau nak putihkan baju, kena pastikan suhu air yang elok.

Elak cuci baju putih dengan air sejuk kerana kandungan mineral dalam air sejuk memudahkan kotoran melekat pada pakaian.

7. Jauhi Klorin

Bahan kimia seperti chlorine bleach boleh menyebabkan baju putih nampak seperti warna kuning.

8. Elakkan Matahari Terik

Elak gantung baju putih di tempat yang redup, jauh daripada cahaya matahari terlalu terik kerana ia boleh menyebabkan warna putih nampak kusam.

Semoga bermanfaat. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain!

Artikel ini telah disunting daripad artikel asal yang bertajuk : Nak Putihkan Baju Sekolah Yang Makin Kusam? Ikut 8 Petua Ini

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 6,595 times, 2 visits today)