7 Tips Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Anak. Tips #5 Sangat Penting!

ibu-puasa-menyusu-anak

Kredit foto: www.ainulmustafa.com

Salam 1 Ramadhan ibu-ibu ohsem!

Tahun ni Mama puasa sambil menyusu baby buat kali yang ke-6.

Jadi, Mama nak kongsi sedikit tips berpuasa bagi ibu-ibu menyusu.

#1 – MAKANAN YANG RENDAH GLYCEMIC INDEX

Untuk pastikan sentiasa bertenaga sepanjang berpuasa dan mampu menghasilkan susu yang berkualiti (bukan kuantiti sahaja yang penting tau!), Mama wajibkan pengambilan makanan yang rendah GI.

Makanan yang rendah glycemic index termasuk roti wholemeal, beras basmathi, pasta, coklat, oat, yogurt rendah lemak, broccoli dan cendawan. Ini hanyalah contoh kegemaran Mama. Ibu- ibu boleh makan mengikut kegemaran masing-masing ye.

Makanan rendah glycemic index melepaskan tenaga dari sumber makanan dengan perlahan. Jadi, ibu lambat rasa lapar. In sha Allah mampu bertahan untuk puasa walaupun masih perlu menyusu.

#2 – MINUM SUSU KETIKA BERSAHUR

Susu kegemaran Mama adalah campuran susu, madu, kurma dan almond. Buat milkshakes sedap sangat tau! Susu ini bantu ibu-ibu hasilkan susu yang berkhasiat tinggi untuk anak tersayang. In sha Allah, bila susu yang dihasilkan tinggi kandungan khasiat, kekerapan menyusu pun akan berkurang.

Kualiti lebih penting dari kuantiti.

#3 – MINUM 10 GELAS AIR

Kalau orang biasa perlu minum 8 gelas sehari, ibu menyusu tentulah perlu lebih. Ini jadual minum Mama di bulan Ramadhan.

  • Sebelum qiamullail – segelas air
  • Selepas qiamullail – segelas air
  • Sahur – segelas air suam & segelas susu
  • Berbuka puasa – segelas air manis & segelas air suam
  • Selepas solat maghrib – segelas air
  • Selepas solat isyak – segelas air
  • Selepas solat tarawih – segelas air
  • Sebelum tidur – segelas air

Ibu-ibu pulak macam mana? Rancang jadual minum secara berjadual ye…

Mama selalu minum barli suam. Barli bagus untuk penjagaan badan wanita. Dan boleh jadi milkbooster jugak untuk Mama. Ibu pernah cuba barli untuk tingkatkan penghasilan susu?

#4 – TERUSKAN MENGEPAM MENGIKUT JADUAL

Konsep demand-supply susu ibu tetap sama. Tak kira bulan ramadhan atau tidak. Makin kerap dikosongkan, makin banyak penghasilan. In sha Allah.

Mama tak pernah punya stok beratus pek, sepenuh peti. Tapi Alhamdulillah susu sentiasa cukup untuk anak-anak tersayang. Yakin dengan rezeki Allah ye ibu.

#5 – NIKMATI RAMADHAN

Hanya setahun sekali datangnya Ramadhan. Peluang untuk kita kutip sebanyak mungkin pahala. Ibu jangan stress fikirkan susu yang mungkin tak cukup.

Banyakkan beribadah. Disamping doa dan yakin Allah akan bantu mudahkan penyusuan. Sambil menyusu pun boleh zikir.

Allah memberi mengikut sangkaan hambaNya. In sha Allah, jika kita yakin, Dia Maha Memberi. Yang kita perlu bukan kuantiti susu, tapi anak yang menyusu dengan cukup, sihat dan gembira.

gambar hiasan ihsan Google

#6 – BANYAKKAN REHAT DI SIANG HARI

Elakkan aktiviti berat dan aktiviti luar. Mama selalu shopping persiapan raya sebelum ramadhan. Jadi, bila ramadhan kita tak perlu bersesak di shopping mall untuk membeli belah. Kalau perlu bershopping pun, elakkan tempat-tempat panas ye ibu..

Aktiviti mengemas rumah dan buat kuih raya, eloklah dibuat waktu malam. Kalau dahaga, boleh minum banyak-banyak. Takde lah ibu ‘dehydrated’ waktu puasa.

#7 – MAKANAN BERSUP KETIKA BERSAHUR

Mama cadangkan ibu-ibu bersahur dengan makanan berasaskan sup. Sup sayur, sup daging, sup ayam, atau apa saja jenis sup. Elakkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia mengurangkan khasiat makanan yang diambil.

Ini adalah 7 amalan Mama untuk berpuasa ketika menyusu. Ibu ada tips lain untuk dikongsi?

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 1,567 times, 1 visits today)