7 Tanda Suami Bahagia Dalam Rumah. #3 Sangat Win!

hands-437968_1920

Setiap isteri ingin suaminya bahagia dalam perkahwinan mereka. Tujuh tanda yang disenaraikan dibawah boleh menjadi satu penanda aras (indikator) yang menunjukkan bahwa suami anda bahagia. Apa yang kami senaraikan, mungkin sekali ada beberapa perbezaan dengan cara sebenar suami anda menunjukkan kebahagiaan mereka, jadi jangan risau ya. :]

1. Dia gembira melihat anda.

Dia gembira melihat anda apabila pulang daripada kerja dan menyatakan itu dengan ciuman, pelukan atau sekadar percakapan yang menunjukkan perhatiannya. Atau, ada juga suami yang sifatnya pendiam, senyumannya tatkala melihat dan berbual bersama anda sudah cukup untuk membuktikan kebahagiaannya.

2. Kring! Kring!

Bila dia pergi untuk keluar untuk urusan perniagaan atau pekerjaan, dia akan menelefon setiap hari untuk menyatakan kerinduannya kepada anda. Seorang suami yang bahagia dalam perkahwinannya benar-benar merasa kehilangan isterinya saat berjauhan. Dia ingin sentiasa berada dekat dengan anda. Dia tak sabar untuk pulang dan bertemu anda lagi. Dia mengucapkan kata-kata penuh sayang dan cinta di telefon dengan tulus. Dia 100 peratus setia kepada anda, dan anda tahu itu.

old-people-616718_1920

3. I Love You!

Setiap hari dia mengucapkan “aku sayang kamu,” begitu juga anda. Kalian tidak pernah bosan mengatakannya. Dia tidak seperti suami lain yang isterinya mengeluh sesudah menikah beberapa tahun, “Kamu tidak pernah kata kamu cinta saya,” lalu si suami menjawab, “Kan sudah aku katakan ketika kita menikah, jika keadaan berubah, aku akan memberitahumu.” Ini bukan caranya seorang suami yang bahagia berbicara. Dia menyatakan cintanya kerana ingin anda tahu hal ini setiap hari. Dia mengatakannya kerana dia merasakannya dalam lubuk hatinya yang paling dalam. Dan dia tahu anda ingin mendengar dia mengucapkan perasaan cintanya.

4. Suka membantu

Dia suka membantu di rumah. Dia ingin meringankan beban anda dan melakukan tugasnya, bahkan lebih daripada itu jika anda sedang kurang sihat. Dia rela turun tangan untuk membuat rumah aman dan nyaman. Dia mengajar anak-anak untuk berbuat serupa (betanggungjawab). Dia mengerti bahawa membesarkan anak bukan hanya tugas anda (isteri) sahaja; ini tanggung jawabnya juga. Dan dia tidak keberatan kerana dia mencintai anda serta anak-anak. Dengan kata lain, dia ringan tangan dalam membuat rumah tangganya menyenangkan bagi keluarganya.

5. Pujian

Dia suka memuji anda. Dia memandang anda dan melihat apa yang anda lakukan. Dia menaruh perhatian. Anda sering melihat dia memperhatikan anda. Dia terpesona dengan anda dan tidak pernah bosan memandang anda. Dia menganggap anda cantik, tidak peduli betapa tubuh anda sudah berubah. Dia tidak melihat kekurangan yang anda lihat karena dibutakan oleh cintanya.

6. Sentiasa ada.

Dia sentiasa ada untuk anda. Dia memeluk anda bila anda menangis. Bila sakit hati dan rasa kecewa membuat air mata anda gugur ke bumi, dia akan siap menjadi tempat curahan hati. Dia akan berusaha sebaik mungkin memahami apa yang anda alami. Dia tidak akan selalu sempurna dalam hal ini, namun dia berusaha menghibur anda pada saat-saat yang sulit. Jika Anda bijaksana, anda akan menerima dengan senang hati hiburan yang si dia sediakan ini.

7. Saling terbuka

Dia akan berbagi dalam cita-cita dan kesedihannya bersama anda. Tidak mudah baginya berbuat ini, sama seperti anda. Dia perlu tahu bahawa dia dapat berbicara tentang hal-hal ini tanpa membuat anda bingung atau kecewa dan bahwa anda dapat menjaga kepercayaannya. Bila dia bersedia membuka hatinya dan memberi tahu anda tentang rancangan serta harapannya dalam kerjanyanya, dia tahu bahawa anda peduli dan mendengar sebaik-baiknya. Dia tahu anda akan selalu memberinya semangat. Dia juga tahu cintanya bagi anda cukup dalam sehingga anda akan faham dan ingin tahu tentang kekecewaannya. Seorang suami yang bahagia dalam perkahwinan akan memiliki keyakinan tentang ini.

Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asli berjudul 7 Tanda Suami Anda Bahagia Dalam Perkawinannya.” yang ditulis oleh oleh Irma Shalimar.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 2,155 times, 1 visits today)