7 Simptom Anak Anda Diserang Penyakit Penunomia. Anak Anda Ada Simptom-Simptom Ini?

newborn-617414_1280

Bayi dan kanak-kanak memang fragile. Mudah dijangkiti penyakit, terdedah kepada seribu satu jangkitan terutamanya di tempat yang mengandungi ramai orang. Sebagai ibubapa, memang tiada yang suka dan gembira apabila anak kita dijangkiti apa-apa penyakit walau cuma demam dan selesema. Kalau sakit itu boleh dipilih untuk dipindahkan kepada kita, memang kita akan buat pilihan itu kerana tidak sanggup melihat anak menanggung kesakitan.

Tetapi itu lah lumrah yang telah ditetapkan Allah : kesakitan, ujian, kesukaran. Semuanya untuk mengingatkan manusia, yang kita ni sebenarnya lemah dan tidak punya kuasa. Cuma Dia sahaja yang berkuasa.

Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Pneumonia ini sebenarnya adalah antara penyakit yang kerap terjadi kepada kanak-kanak di Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.

Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu kerap meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia.

Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang lebih berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit.  Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.

Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya. Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.

Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom

1. Demam panas
2. Batuk dengan atau tanpa kahak
3. Sakit dada
4. Tiada selera makan, tidak mahu makan
5. Rasa tidak sihat, sering merengek
6. Pernafasan laju atau susah bernafas
7. Muntah atau cirit-birit

Rawatan

Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda.

Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

5 Tips Mudah Untuk Mengesan Simptom Pneunomia

1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.

Jangan pernah ambil mudah dengan penyakit-penyakit biasa yang kita anggap kerap terjadi kepada anak-anak seperti demam, batuk dan sebagainya. Apabila anda menghidap apa-apa penyakit, lebih baik jika anda terus membawa mereka bertemu dengan doktor untuk mendapat konsultasi dan ubat-ubatan. Iya, kita boleh beli ubat di farmasi dan itu adalah lebih murah tetapi dengan bertemu doktor kita akan dapat mengetahui masalah yang sebenarnya dihadapi oleh anak kita.

Mana tahu, demam yang kita fikir biasa itu adalah simptom-simptom awal sebelum terjadinya pneunomia!

Semoga artikel ini membawa manfaat buat anda. Jangan lupa sebarkan kepada orang lain ya.

Artikel ini telah disunting daripada artikel asal yang diterbitkan dengan tajuk : Awas Serangan Pneumonia Pada Anak. Kenali 7 Simptomnya

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 33,110 times, 2 visits today)