6 Tips Menghadapi Cirit-Birit Ketika Hamil

medical-1250589_1280

Puncak utama cirit-birit adalah akibat daripada keracunan makanan. Kes keracunan makanan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kebersihan makanan, tarikh luput dan sebagainya. Walau seteliti mana pun kita menjaga setiap makanan yang kita makan, kadangkala masalah ini tetap muncul. Bayangkan jika kita menghadapi cirit-birit tiba-tiba, bukankah kita menjadi lemah-selemahnya? Dan untuk para ibu yang mengandung, kesannya akan bertambah parah, kuasa dua lemah dan risau!

Sebenarnya selagi anda sihat, badan mempunyai banyak kaedah pertahanan semula jadi yang dapat melindungi bayi. Walaupun ibu hamil mengalami masalah cirit-birit dan muntah-muntah, kemungkinan besar ia tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan. Bagaimanapun kehilangan tenaga dan air dalam badan akibat cirit-birit dan muntah-muntah mungkin akan menjejaskan kesihatan ibu itu sendiri.

Enam tips yang kami catatkan ini adalah hasil adaptasi daripada tulisan Puan Hasnita dalam artikel yang bertajuk Cirit-Birit Ketika Mengandung. Lakukan 6 Langkah Ini! Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda yang sedang dan bakal mengandung ya.

1. Banyakkan berehat.

Biasanya bila kena cirit-birit, kita akan letih dan lesu akibat kehilangan banyak tenaga. Semua makanan yang menjadi sumber tenaga primer kita telah keluar daripada badan dan disebabkan itu badang kita menjadi sangat lemah ditambah lagi dengan aktiviti keluar masuk tandas berulang kali. Pastikan anda banyak berehat untuk mendapatkan semula tenaga yang hilang.

2. Minum banyak air.

Minum banyak air mineral (atau air yang ditapis dan dimasak) sebanyak yang boleh. Sekiranya sukar, minumlah sedikit demi sedikit menggunakan penyedut minuman atau boleh mencuba jus atau sup. Selera anda di tahap yang rendah, tapi air adalah senjata utama tubuh kita.

3. Makan.

Walaupun sakit perut dan cirit-birit, jangan pernah ponteng makan. Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Cuba makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, pasta atau nasi. Elakkan daripada mengambil makanan yang berlemak atau pedas.

4. Rawat sistem percernaan.

Minum minuman yogurt atau minuman yang mengandungi probiotik setiap hari untuk membantu memulihkan sistem pencernaan anda. Selain daripada yogurt, Yakult pun bagus juga.

5. Elakkan mengambil ubat tanpa nasihat doktor.

Jangan mengambil sebarangan ubat untuk masalah cirit-birit. Pastikan anda sudah memeriksa terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi kerana kita sendiri tidak tahu apa kesan lain setiap ubat yang dibeli itu.

6. Lakukan temujanji dengan doktor.

Berjumpa dengan doktor secepat mungkin sekiranya anda sakit lebih daripada 48 jam, mengalami dehidrasi teruk dan demam. Ikutilah nasihat doktor, ingat mereka mengambil masa 6 tahun untuk menghafaz kitab-kitab perubatan yang beratus-ratus halaman.

Jaga kesihatan ya para ibu sekalian!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 9,184 times, 6 visits today)