6 Tips Membahagikan Masa Untuk Anak Bagi Ibu Yang Bekerja

woman-690036_1920

Dalam kesempitan ekonomi zaman ini, sememangnya kadangkala wanita terpaksa untuk bekerja bagi melengkapkan rezeki keluarganya. Bayangkan sahaja jika tinggal di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam dan Johor Bahru, kos kehidupan adalah sangat tinggi daripada menyewa rumah sehinggalah membeli makanan harian. Maka tidak dinafikan pentingnya seorang ibu dalam menjadi figur untuk sama-sama membanting tulang demi keluarga.

Tetapi, walaubagaimanapun, ibu tetaplah seorang ibu. Anak-anak sentiasa menantikanmu dan mengharapkan belai kasihmu. Jadi untuk itu, kami terpanggil untuk berkongsi enam tips ini buat anda semua. Moga bermanfaat!

Luangkan masa minimum 1-2 jam setiap hari bersama anak

Jika aktiviti bertemu client, membuat perancangan kerja, dateline tugas, ataupun mesyuarat bersama pimpinan telah masuk dalam jadual mingguan anda, jangan lupa untuk memasukkan waktu bercengkerama (aiceh) dengan si kecil setiap harinya.

Meluangkan masa minimum 1 sehingga 2 jam sehari, namun berkualiti, cukup untuk menjaga hubungan anda dengan anak. Setidaknya, waktu 1 hingga 2 jam anak dapat bercerita kepada anda tentang kegiatan harian yang dilakukannya tadi, anda dapat menemaninya belajar, atau sekadar bercerita luahan hatinya baik senang ataupun sedih kepada anda. Komunikasi orang tua dengan anak tentunya sangat diperlukan, untuk itu jangan sampai tidak berkomunikasi langsung dengannya dalam satu hari. Walau hanya sekadar berborak di bilik mereka,ketika hendak tidur atau beristirehat santai.

 

Beri tugas untuk anak

Jika anda khuatir dengan kegiatan anak di saat anda tidak ada, anda boleh memberikannya rancangan kegiatan dan tugas yang perlu dilakukannya. Beritahulah hasilnya bersama atau apa yang telah dilakukannya saat anda pulang bekerja atau ketika waktu lapang. Hal ini membuat anda dan anak akan selalu terhubung walaupun pada aktiviti masing-masing.

Misalnya, anda menyarankan mereka untuk menonton filem. Pilihlah filem yang sesuai dengan usianya dan tentunya memiliki nilai-nilai murni yang baik. Mintalah anak ceritakan apa yang telah ditontonnya tersebut kepada anda. Jangan lupa untuk berikan pelbagai aktiviti atau tugas lain yang tidak membosankan bagi mereka. Selain filem, anda juga boleh memberikannya buku cerita, memberikannya lagu, atau permainan baru yang boleh dilakukannya sendiri.

Jangan lupa untuk memberikannya apresiasi atas apa yang telah dikerjakannya.

Hubungi mereka

Tidak ada salahnya di sela waktu rehat anda, setelah solat, ataupun waktu terluang di pejabat, untuk anda menelefon anak walaupun hanya sebentar. Anda boleh bertanya kepada mereka tentang keadaan rumah, aktivitinya saat bermain bersama teman, atau apa yang telah dilakukannya di sekolah. Hal ini sangat bererti bagi anak, walaupun ibu sedang tidak di rumah, namun hubungan dan perhatiannya tetap tercurahkan. Dengan ini anak tidak akan merasa sendirian, atau merasa jauh daripada orang tua. Kerana perhatian dan kasih sayang masih tercurah, di sela-sela kesibukan dan kerjaya kita.

 

Buatlah hari khusus untuk anak anda

Hari cuti atau waktu senggang boleh anda gunakan untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama anak. Buatlah jadual khusus untuk bersama anak, atau membuat waktu yang tidak langsung boleh diganggu oleh sesiapa (terutama hal-hal berkaitan dengan kerja). Hal ini untuk membuat kita terdorong dan memaksa diri kita sendiri untuk mengurus masa yang khusus untuk bersama dengan anak. Jika tidak, kita akan mudah lalai terhadap waktu. Padahal, usia anak-anak memerlukan perhatian khusus daripada kita.

Bahagilah tugas bersama pasangan  

Sebagai orang tua, tentunya tugas mendidik dan mengasuh anak bukan hanya tugas salah seorang sahaja (baik ayah ataupun ibu). Untuk itu, anda boleh membahagi tugas, mengatur waktu, dan memberi peranan dengan pasangan dalam mendidik anak. Aturlah dengan baik, dan berilah tugas sesuai dengan kelapangan masa yang dimiliki. Hal ini agar anak tidak kehilangan sosok salah satu-nya (Ayah/Ibu), dan anak juga bisa merasakan kasih sayang, perhatian, dan pendidikan dari kedua-dua orang tuanya, walaupun tidak selalu harus dalam waktu yang bersamaan.

Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa sebarkan kepada orang lain ya!

Artikel ini telah diterjemah dan disunting daripada artikel asal yang telah diterbitkan dalam bahasa Indonesia yang bertajuk : Begini Cara Perhatian pada Anak Walaupun Ibu Bekerja.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 490 times, 1 visits today)