6 Sebab Anda Tidak Perlu Tahu Jantina Bayi Dalam Kandungan. Surprise!

woman-1284353_1920

Sekarang ini, bermacam-macam cara untuk kita tahu ‘anggaran’ jantina bayi dalam kandungan kita. Bayangkan sahaja, daripada petua-petua lama warisan nenek moyang kita (saiz perut, cara mak berjalan, tendangan dll) sehinggalah menggunakan teknologi yang paling canggih yang mengizinkan bakal ayah dan ibu untuk melihat janin dalam 3 Dimensi. Sepuluh tahun lalu, kalau kita bercerita tentang imbasan 3 Dimensi ini pasti orang fikir kita gila, tapi lihatlah hari ini. Tidak ada yang tidak mungkin!

Tetapi, dalam keghairahan untuk kita mengetahui rahsia jantina bayi dalam kandungan itu, Puan Nazurah Hassan memikirkan perkara yang berbeza! Dalam kekalutan bakal ibu dan ayah membelanjakan ratusan ringgit untuk pelbagai imbasan, Puan Nazurah menulis artikel tentang betapa seronoknya jika kita tidak mengetahui jantina anak selagi mereka masih dalam kandungan. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda tau!

1. Tidak Perlu Berdepan Dengan Ayat ‘Cliche’

Biasanya, kalau kita dah tahu jantina bayi dalam kandungan, tentu akan ada andaian dan soalan-soalan seterusnya yang datang bak peluru. Mungkin ada yang kita suka dengar, tetapi ada juga yang boleh membuat kita rasa bengang.

“‘Baby girl’ nak namakan apa nanti?”

“Oh, bagusnya ada anak perempuan, bolehlah tolong buat kerja rumah nanti.”

“‘Baby boy’ ya, patutlah lebar semacam perut awak ni.”

“Anak lelaki kamu nanti nak jadi apa bila besar?”

Biasanya tentulah kita akan senyum saja, tapi dalam hati mesti rasa geram juga kalau asyik berdepan dengan komen sebegitu bukan?

2. Lebih Cermat Semasa ‘Shopping’ Barang Bayi

Memang lumrah manusia suka merancang. Jadi, kalau kita dah tahu kandungan ini lelaki atau perempuan tentu kita akan banyak membeli barangan keperluan bayiseperti baju, tikar, bedung, permainan, dan macam-macam lagi. Lebih-lebih lagi apabila sudah tahu jantina mereka.

Kalau yang perempuan, mesti cari benda yang ‘pinky’ atau ‘girly’, dan lelaki pula sebaliknya.

Tapi, kalau kita masih belum pasti, tentu kita akan lebih berhati-hati dan teragak-agak jika ingin membuat sebarang pembelian. Secara tak langsung, lebih jimatlah!

3. Hadiah Yang Diterima Lebih Kreatif

Memang ‘trend’ zaman sekarang, selalu saja bayi akan menerima hadiah daripada teman-teman sepejabat, saudara-mara, atau sesiapa saja yang mengunjungi.

Bukanlah kita mengharapkan hadiah, tetapi kadangkala terlalu banyak hadiah sama diterima sehingga ada yang tidak sempat dipakai. Bagi kebanyakan orang, mereka akan cenderung membeli hadiah pakaian sekiranya mereka tahu jantina bayi dalam kandungan.

Namun, tentu ramai yang perlu ‘perah otak’ sedikit dan menjadi lebih kreatif dalam membelikan hadiah jika masing-masing tidak tahu jantina bayi dalam kandungan anda.

4. Kurang Memikirkan Kesakitan Semasa Bersalin

Apabila hampir bersalin, tentu debaran untuk tahu jantina bayi akan menjadi lebih kuat.

Jika anda tidak terlalu fokus kepada kesakitan dan memikirkan perkara lain seperti ini, ianya sedikit sebanyak membantu mengalihkan perasaan sakit kepada keterujaan. Cubalah!

Anak-anak pun mesti seronok nak teka jantina bayi dalam kandungan.

5. Memupuk Sikap Sabar

Sepanjang 9 bulan dalam kandungan, anda telah melatih diri untuk bersabar menunggu kelahiran cahaya mata. Anda juga telah menidakkan sebarang bentuk ‘godaan’ daripada teman atau saudara untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan.

Percayalah, kesabaran ini bukan saja akan tamat setakat itu, tetapi ia juga bakal membantu anda menghadapi saat-saat sukar apabila bergelar ibu!

 

6. ‘Kejutan’ Yang Menggembirakan!

Bayangkanlah, anda mampu bersabar selama itu semata-mata untuk menyaksikan sendiri keajaiban yang bakal berlaku. Walaupun lelaki atau perempuan, bayi yang bakal dilahirkan tentu akan menggetarkan jiwa dan mengusik emosi anda sejak pertama kali anda melihatnya.

Dengan itu, anda pasti akan merasakan rasa syukur dengan lebih mendalam apabila mengetahui bahawa semuanya telah selamat, dan segala persoalan selama ini telah terjawab.

Selain itu, tentu ramai yang akan melawat, telefon dan memberi respon yang berbeza seperti:

“Haa… Dah agak dah!”

“Eh, tak sangka tekaan aku benar selama ni.” 

Lucu juga, kan?

Sanggupkah Anda Menunggu?

 

Persoalan yang paling penting sebenarnya, adakah anda sanggup anda menunggu untuk mengetahui jantina anak anda? 9 bulan tu bukan sekejap weh!

Tapi tak mengapa, kami di OhsemMama sentiasa mendoakan anda berjaya melahirkan anak yang soleh/ah. 😉

Artikel ini telah disunting daripada artikel asal yang bertajuk : 6 Sebab Kehamilan Lebih Seronok Kalau Tak Tahu Jantina Bayi Dalam Kandungan.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 23,558 times, 1 visits today)