6 Fakta Ibu Mengandung Yang Perlu Anda Tahu

pregnant-830685_1920

Bila bercerita tentang wanita hamil ini, banyak persoalan yang akan muncul. Pantang larangya, makanan yang tak elok dimakan, perkara yang tak patu dibuat dan macam-macam lagi. Tetapi, hari ini kami ingin kongsikan kepada anda semua 6 fun facts (hari ini kan hujung minggu!), tentang ibu yang sedang hamil – yang mungkin tak pernah anda dengar sebelum ini. Selamat berhujung minggu.

Fakta 1: Rambut Cepat Tumbuh & Bersinar-sinar

Mungkin anda tidak menyedari hal ini, namun jika anda perhatikan anda akan mendapati rambut anda terlihat lebih tebal dan bersinar. Selain pertumbuhan rambut yang cenderung lebih cepat, ketebalan rambut anda mungkin juga disebabkan berkurangnya rambut yang gugur. Anda mungkin akan terkejut ketika menyedari rambut anda tidak gugur sama sekali kerana disaat hamil, rambut akan berhenti gugur dan terlihat lebih tebal.

Fakta 2: Setelah Melahirkan, Rambut Anda Akan Gugur

Anda mungkin boleh lega dan senang sementara anda hamil kerana anda dapat menikmati rambut indah anda yang tebal dan bersinar. Namun bagaimana setelah anda melahirkan? Apakah rambut anda akan tetap tebal? Ah, anda boleh sahaja berharap rambut anda tetap tebal, namun kenyataanya ramai wanita yang mengalami rambut rontok selepas melahirkan anak. Bahkan banyak di antara ibu-ibu yang merasa kepalanya hampir botak setelah melahirkan (adakah kenyataan ini melampau?). Itu adalah hal yang wajar, rambut anda akan kembali tumbuh secara beransur-ansur. Keguguran itu mungkin terjadi kerana tubuh anda mulai beradaptasi dengan situasi setelah melalui proses panjang kehamilan sampai bersalin.

Fakta 3: Kulit Anda Akan Menjadi Lebih Halus Atau Lebih Berjerawat

Ada dua kemungkinan yang berkaitan dengan keadaan atau perubahan kulit selama kehamilan. Boleh saja kulit anda menjadi semakin halus ketika anda hamil, ada pula kemungkinan kulit anda akan berjerawat kerana reaksi hormon kehamilan yang sensitif. Kulit anda akan kembali normal setelah beberapa bulan selepas melahirkan. Janganlah risau! Anda tetap cantik, percayalah.

Fakta 4: Ada Garisan Panjang Di Bahagian Perut

Ketika pertama kali menyedarinya, mungkin anda takut dan berfikiran pelik tentang garisan vertikal dari pusat ke bawah. Namun itu adalah hal yang biasa terjadi kepada wanita selepas melahirkan. Meskipun anda tidak melakukan pembedahan dan melahirkan anak secara normal, garisan itu atau stretch marks tersebut mungkin saja muncul di perut anda.

Fakta 5: Ada Perkara Yang Anda Tidak Dapat Lakukan

Jika biasanya anda mencukur bulu kaki anda sendiri, maka di saat hamil anda tidak mungkin dapat melakukan hal tersebut sendiri. Itu akan menyiksa janin anda. Pedicure juga kerana boleh membahayakan janin anda akibat daripada bahaya infeksi yang ditimbulkan.

Fakta 6: Perut Anda Menjadi Besar Setelah Melahirkan

Mahu tidak mahu anda memang akan mendapati perut anda berkembang (walaupun sedikit) setelah melahirkan. Sekalipun perut anda terlihat langsing sebelumnya, namun setelah melahirkan perut anda akan membesar. Maka dari itu anda harus berusaha mengatur perancangan untuk mengecilkan perut anda sendiri. Tetapi, kelau besar pun apa salahnya kan?

Bayi anda mesti comel kan?

Artikel ini telah diterjemah dan disunting daripada artikel asal yang ditulis dalam Bahasa Indonesia yang bertajuk : Enam Fakta Tentang Kehamilan yang Harus Anda Ketahui

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 554 times, 1 visits today)