5 Tips Untuk Mengajar Anak Gosok Gigi Yang Mudah Diamalkan. Siapa Dah Cuba Tips #5?

ajar anak gosok gigiDalam artikel ini kami kongsikan tips bagaimana untuk mengajar anak menggosok gigi.

Tipsnya pun mudah dan senang untuk dilakukan.

1# Mula Ajar Ketika Anak Masih Kecil

Bilakah waktu terbaik untuk mula ajar anak menggosok gigi? Waktu terbaiknya adalah ketika anak masih kecil. Pada ketika itu, mereka mudah untuk dibentuk. Ajar mereka gosok gigi dari saat mereka masih kecil. Biarkan sehingga gosok gigi itu menjadi tabiat anak.

2# Biar Anak Buat Pilihan Sendiri

Apabila anak sudah pandai memegang, belikan mereka berus gigi kanak-kanak. Biar mereka pilih sendiri berus gigi dan ubat gigi kegemaran mereka. Beli ubat gigi perisa buah-buahan. Jika anak anda suka stawberi belikan ubat gigi perisa strawberi. Dan jangan lupa pilih ubat gigi tanpa florida dan gula.

3# Berus Gigi Bersama Anak

Anak-anak yang masih kecil sangat suka perhatian ibubapanya. Ibubapa boleh menggalakkan mereka untuk belajar menggosok gigi dengan melakukan aktiviti menggosok gigi bersama-sama. Jika tidak sempat dilakukan pada waktu pagi. Lakukannya pada waktu malam. Luangkan masa untuk gosok gigi bersama-sama. Disamping itu ia turut mengeratkan lagi hubungan ibubapa dengan anak.

4# Beri Pujian Kepada Anak

Anak-anak sangat suka apabila mereka dipuji oleh ibubapanya. Puji tindakan mereka. Walaupun mereka masih belum menggosok gigi dengan betul, puji usaha yang anak lakukan. Pujian ibubapa akan mendorong anak-anak untuk terus menggosok gigi. Pasti seronokkan? Tengok anak senyum lebar tunjuk gigi mereka. Apa lagi, puji gigi mereka yang putih itu pula.

5# Buat Aktitiviti Gosok Gigi Jadi Seronok

Anak-anak lebih cenderung untuk melakukan sesuatu apabila mereka gembira. Ibubapa boleh tunjukkan video gosok gigi versi lagu kanak-kanak. Jangan terkejut nanti sebab anak anda asyik minta mahu gosok gigi pula.

Mungkin ia akan mengambil sedikit masa sebelum anak mula menggosok gigi tanpa disuruh. Tetapi ianya sesuatu yang berbaloi untuk dibuat. Melihat anak senyum dengan giginya yang sihat dan putih berseri. 🙂

 

P.S: Cuti sekolah dah nak habis. Dah bawa anak pergi acara “Finding Dory” ke belum? Acara berlangsung di LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid (27 May – 19 Jun 2016).finding-dory-poster

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 9,182 times, 3 visits today)