5 Tips Membentuk Anak Menjadi Anak Soleh & Solehah

hdr-1228795_1280

Saya berani jamin, setiap ibubapa ingin melihat anak yang dilahir dan dibesarkannya menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat. Tidak jarang, orang mengharapkan anak-anak mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Kerana seperti sabda Nabi;

Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)

Nampak?

Semuak nak dapatkan doa daripada anak yang soleh dan solehah. Jadi disebabkan itu, kami kongsikan beberapa tips yang dapat membantu membentuk anak yang soleh dan solehah. Semoga bermanfaat.

1. Jadilah Contoh Tauladan Yang Baik

Sungguh besar harapan kita kawan untuk memiliki anak-anak yang tumbuh menjadi seperti apa yang kita harapkan. Tentu sekali tiada keinginan ibu dan ayah yang lebih besar daripada melihat si anak menjadi seorang yang berakhlak baik, berbudi pekerti, disenangi orang dan hal-hal baik yang lainnya.

Cuma sahaja, apa yang kita harapkan ini tidak akan terealisasi dengan cuma meletakkan pengharapan sahaja. Berpijaklah di bumi yang nyata. Kita sendiri mafhum benar bahawa si anak seringkali belajar daripada tauladan. Dan siapakah contoh tauladan yang paling dekat dan berkesan buat mereka? Tentulah kita.

Jika kita mahu anak-anak tumbuh menjadi orang yang rajin membaca al-quran, kita dahulu yang perlu rajin membaca al-quran. Jika mahu anak-anak lahir sebagai orang yang baik, kita dahulu perlu menjadi orang yang baik. Semuanya bermula daripada diri kita sendiri. Sejauh mana akhlak baik yang kita tunjukkan kepada anak-anak. Kan?

 

2. Suasana Islam Dalam Pendidikan & Pergaulan

Kawan-kawan yang dihormati, suasana mampu mengubah seorang manusia itu. Apabila kita meletakkan suasana islam dalam pendidikan dan pergaulana anak-anak itu, maka nescaya lebih mudah untuk mereka mentarbiah diri tumbuh menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Sudah tentu anak-anak tidak akan tahu mengenai ilmu tauhid, andai tidak diajarkan kepada mereka. Kan? Daftarkan anak-anak ke sekolah agama dan dalam suasana di rumah pun seelok-eloknya, amalkanlah suasana islam dengan mengamalkan sunnah Nabi S.A.W.

 

3. Kejut Anak Solat Subuh

Seseorang yang bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh selalu dikatikan sebagai orang yang soleh dan taat dalam hal-hal agama. Manakan tidak, orang yang dewasa pun masih ada yang sukar untuk bangun pagi dan menunaikan solat subuh. Kan?

Maka sedari kecil, biasakanlah anak-anak kita untuk bangun pagi dan menunaikan solat subuh. Jangan tenggelam dalam perasaan kasihan melihat anak-anak yang sedang lena tertidur, kerana semakin meningkat usianya, semakin sukarlah kita untuk mendidik mereka.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat anda. Jangan lupa untuk kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 890 times, 1 visits today)