5 Tips Buat Ibu Hamil Menghadapi Bulan Ramadhan

tomatoes-1280859_1280

*Ramadhan tiba, ramadhan tiba, ramadhan…Marhaban ya Ramadhan!*

Insyaallah, tidak lama lagi umat islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan penuh barakah, bulan istimewa, bulan pesta ibadat yang dinanti-nanti saban tahun oleh setiap muslim. Ada yang tersenyum nampaknya, ada yang sudah terbayangkan juadah-juadah berbuka yang sedap ni nampaknya.

Tenang dahulu. *Tarik naffas, hembus.*

Di sebalik kegembiraan umat islam ini, ada satu sosok yang gembira tetapi dalam masa yang sama risau akan keadaan dirinya dan anaknya. Siapa? Tentulah ibu hamil!

Jadi, kami kongsikan beberapa tips yang sesuai untuk diamalkan oleh ibu hamil ketika bulan Ramadhan nanti.

1. Menu Sahur. Pilihlah menu sahur yang mempunyai nutrisi secukupnya untuk keperluan si janin dan demi untuk menjaga kesihataan anda selama anda berpuasa. Komposisi yang dianjurkan untuk seorang ibu hamil ambil ketika sahur adalah karbohidrat kompleks, protein baik dan lemak baik.

Komposisi sayur dan buah jangan pula ditinggalkan! Pengambilan sayur dan buah-buahan dalam diet akan menyebabakan sistem perncernaan berjlaan dengan baik.

2. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebihkan kekerapan pengambilan makanan. Tapi ingatlah ya, pada bulan ramadhan, waktu siang tidak dibenarkan makan, jadi anda haruslah susun kembali jadual makan anda.

Kebiasannya, ibu hamil yang berpuasa mengalami penurunan nafsu makan yang sangat drastik. Bahkan ad ajuga segelintir yang tidak hamil, tetapi tidak terlampau berselera. Tetapi buat si iu hamik, anda harus ingat anda sedang mengandungkan seorang bayi yang bergantung harap sepenuhnya kepada anda.

 

3. Banyakkan meminum air masak. Kekurangan minuman untuk sepanjang hari mungkin akan membuatkan andamengalami masalah dehidrasi. Bahagila dengan bijak kuantiti air yang diperlukan tubuh untuk diminum paad waktu berbuka dan sahur.

Keperluan standard setiap manusia seecara purata adalah 8 gelas air setiap hari. Jadi bermakna 4 gelas air dalam tempoh berbuka dan 4 ketika ashur. Tetapi tidak semestinya anda menghabiskan 4 gelas dalam satu-satu masa. Bertenanglah!

4.  Berehatlah. Sebagai seorang ibu hamil anda pasti memerlukan tempoh waktu berehat yang sedikit lamadaripada biasa. Dapatkanlah rehat yang secukupnya terutama pada waktu malam.

5.  Makanlah vitamin dan suplemen yang membantu anda menjai lebih bertenaga dan baik untuk bayi anda,

Semoga bermanfaat!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 356 times, 1 visits today)