5 Tanda Bayi Jatuh Cinta Dengan Anda

baby-22194_1920Haaa, bukan senang ni. Kadangkala, kita sering tertanya-tanya adakah bayi yang kita dukung (anak saudara kita, anak teman kita atau lain-lainnya), suka atau sebenarnya tidak suka dengan kita? Kita mahu tahu, tetapi bayi tersebut tidak boleh beritahu secara verbal (kalau mereka bercakap, tentulah kita lari keluar daripada rumah tersebut!).

Terpanggil dengan pemikiran itu, kami ingin kongsikan dengan anda semua tentang 5 tanda apabila si bayi jatuh cinta dengan anda. Haaa, kalau suami jatuh cinta dia berikan bunga; kalau bayi jatuh cinta dia berikan apa?

#1 : Menjadikan anda pilihan pertama.

Apabila bayi menyukai seseorang, mereka akan lebih memilih orang yang mereka sukai dibandingkan orang lain. Mahu didukung oleh anda, atau jika sudah boleh berjalan; akan selalu menghampiri anda walaupun ada ramai orang disitu. Malah, tangisannya pun akan berhenti apabila anda mendukungnya

#2 : Perbuatannya.

Bayi yang menyukai anda juga akan selalu tersenyum, mengedipkan mata, dan mencium anda (untuk bayi yang sudah menjangkau usia sedikit matang). Dan paling penting, apabila mereka melakukan perkara-perkara ini, jangan lupa untuk meresponnyakembali ya!

#3 : Nak dukung!

Yang sudah jatuh cinta kan selalu ingin bersama. Maka bayi yang menyukai anda apabila terlihat anda akan selalu mengangkat kedua-dua tangannya, tanda ingin didukung. Aduh, comel betul cara si kecil menunjukkan bahwa anda adalah satu-satunya manusia yang ia inginkan.

#4 : Anda adalah tujuan hidupnya.

Kalau bayi itu sudah mula dan pandai merangkak, arah pergerakannya selalu menuju kepada anda, ke pelukan anda. Secara tidak langsung, mereka ingin memberitahu kepada anda bahawa andalah merupakan tujuan hidupnya. Aih, lagi sweet daripada filem cinta!

#5 : Menangis.

Setiap kali anda ingin meninggalkannya, dia akan menangis bersungguh-sungguh. Tidakkah perpisahan itu adalah satu perkara yang sungguh sedih? Dan bayang-bayang kesedihan itu kan tangisan. Bayi yang sudah mula menyukai anda, akan selalu bersedih apabila anda ingin pulang atau berpisah dengannya. Ah, siapa sahaja yang gembira saat berpisah dengan orang yang mereka cinta. Kan?

Catatan pendek ini tidak lain cuma sebagai penghibur kita dalam kesunyian. Tidak, ia tidaklah tepat seratus peratus; tetapi bolehlah juga memberi gambaran awal, benarkah anak-anak itu menyukai kita ataupun tidak.

Sebarkanlah cinta, semaikanlah kasih sayang.

Artikel ini telah diterjemah dan disunting daripada artikel asal yang diterbitkan dalam Bahasa Indonesia yang bertajuk : 5 Tanda Bayi Mencintai Anda. Segera Kenali.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 3,122 times, 1 visits today)