5 Risiko Menimang Bayi. #3 Menyebabkan Kematian!

mother-84628_1920

Haa, bayi baru lahir memang comel. Didukung, ditimang, dilambung – semuanya membahagiakan. Lebih-lebih lagi apabila mereka tersenyum dan ketawa. Tetapi, tidak semua yang kita lakukan itu baik untuk mereka, dan tidak semua senyum dan tawa itu bermaksud mereka gembira. Kan?

Itu lah yang kami takuti sebenarnya. Sebab tidak guna hendak menyesal andai sudah tengadah, tidak guna menangis, kalau perkara sudah terjadi. Jadi kami bersepakat untuk kongsikan kepada semua tentang risiko-risiko menimang bayi. Selepas ini terpulang kepada anda bagaimana untuk menasihati ahli keluarga atau sahabat handai yang datang melawat supaya tidak menimang bayi anda.

Ini 5 risikonya :

1. Mencederakan otak bayi

Perbuatan menimang bayi boleh menyebabkan sindrom goncangan bayi atau Shaken Baby Syndrome (SBS). Akibatnya ia akan memberi kecederaan kepada otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat.

2. Kecacatan otak

Ia boleh berlaku dalam tempoh sesingkat lima saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ia berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.

3. Risiko kematian

Pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS.

Penderaan bayi (child abuse) juga boleh menjadi salah satu punca. Bahkan paling berbahaya ia juga boleh menyebabkan kematian bayi.

4. Pelbagai masalah kecacatan

Kesan daripada cara mendukung bayi yang disusuli mengayun atau menggoncang turut menyebabkan masalah lain termasuk masalah mata, kelumpuhan dan epilepsi.

5. Saiz kepala

Hal ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa menyebabkan tekanan akibat goncangan yang kuat dan terlalu lama.

Risiko SBS lebih kerap menimpa anak-anak berusia bawah setahun kerana mereka lebih kerap menangis.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Oleh itu jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau ketika seronok bergurau dengannya.  Jadi ibu bapa dan pnejaga semua, sila ambil serius terhadap hal menimang dan mengoncang bayi.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat buat anda. Jangan lupa sebarkan kepada orang lain ya!

Artikel ini telah disunting daripada artikel asal yang bertajuk : Awas Bahaya Timang Bayi. 5 Risiko Ini Membahayakan Nyawa Bayi!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 3,057 times, 1 visits today)