5 Petanda Si Kecil Nak Dapat Gigi. Alahai, Comelnya!

image001

Rasa macam baru semalam si ibu dapat berita gembira si dia berkongsi tubuh dengannya. Hari ini, si kecil itu sudah membesar, dan fasa baru mulai muncul dalam hidupnya. Giginya sudah mahu tumbuh!

Tetapi apa ya petanda-petanda yang dapat kita kesan sebelum bayi mendapat giginya yang pertama. Berikut kami senaraikan 5 petanda awal sebelum bayi mendapat giginya yang pertama. Serius comel!

1. Air Liur

Iya. Jangan bimbang, sememangnya apabila gigi hendak mula tumbuh, ianya akan merangsang pengeluaran air liur dalam mulut bayi. Kebiasannya fasa ini terjadi ketika bayi berusia 10 minggu atau 3 hingga 4 bulan.

2. Ruam

Ruam pada bahagian dagu dan wajah juga merupakan salah satu petanda bahawa anak anda tidak lama lagi akan mendapat giginya yang pertama! Ruam yang terjadi itu adalah disebabkan tindakbalas antara air liur (yang terhasil dengan banyaknya), dengan bahagian kulit yang berdekatan dengan mulut. Tetapi ruam ini masih boleh dikawal jika anda mengelap air liur si bayi setiap kali ianya meleleh. Jangan dibiarkan sahaja.

3. Batuk

Haaa, apabila air liur mulai berkumpul dalam mulut, ada kemungkinan bayi akan tersedak dan batuk. Tetapi bagaimana untuk kita membezakan batuk demam dan batuk tumbuh gigi? Mudah sahaja, kalau cuma batuk yang datang tanpa selesema dan panas badan, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya bergembiralah kerana anak anda akan mendapat giginya yang pertama!

4. Sering Menggigit

Biasa dengar perkataan gusi gatal yang kerap diperkatakan oleh ibu-ibu? Haa, bila nak tumbuh gigi ni, tekanan pada bahagian gusi kebiasannya membuatkan si bayi merasa tidak selesa. Ketidakselesaan itu lah yang menyebabkan dia suka menggigit.

Sekarang ni dah ada mainan istimewa yang didesain khas untuk si bayi menggigit.

5. Sakit

Sesetengah daripada bayi akan merasa sakut yang teramat sangat selama beberapa hari sebelum gigi pertamanya muncul. Kita juga tahu, gigi pertama yang tumbuh kebiasannya merupakan gigi yang paling sakit sekali!

Jadi kalau anak anda menangis beria-ia tu, mungkin dia sedang mengalami kesakitan yang teramat sangat sebelum giginya yang pertama tumbuh. Suruhlah dia tersenyum!

Shares